Terma dan Syarat Pembelian & Penggunaan

Berikut adalah terma dan syarat untuk "Ebook Rahsia PPCPercuma" . Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap perkara tersebut.



Harga Ebook, Pengkhususan, Hak Eksklusif dan Ruang Forum Khas

1. Harga tetap untuk Ebook ini adalah RM30.00, melainkan jika pihak kami, ppcpercuma.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.

2. Harga RM30.00 adalah untuk "Ebook Rahsia PPCPercuma", "Ebook Rahsia 7 Dalam Adwords", "Ebook Adwords: Jejak Terakhir", "Siri Kompilasi Video PPC". Lain-lain 'bonus' adalah bahan tambahan semata-mata dan tidak tertakluk kepada harga pakej ini. Maka, bonus yang dinyatakan di laman "sales letter" bila-bila masa boleh diberhentikan penawarannya.

3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka kami akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Pakej ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web ppcpercuma.com sahaja.

4. 
Ebook Rahsia PPCPercuma ini lebih menumpu kepada "Cara Mendapat dan Menggunakan Kupon PPC". Ebook ini tidak sama sekali mengajar secara khusus untuk menulis, melakukan sebarang aktiviti kempen pengiklanan PPC.

5. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini.

6. Ruang Forum Khas iaitu sebuah laman sokongan untuk pembeli tidak dijamin akan kekal selamanya. Ia mungkin akan dihentikan pada masa-masa yang tidak dijangka jika keadaan terdesak dan memerlukan tindakan sebegitu.

7. Di ruang Forum khas, pihak kami akan sedaya upaya memberikan bantuan dari segi teknik, tip dan panduan seperti yang dijanjikan di muka surat "sales letter".




Jaminan Pulangan Wang


1. Pihak ppcpercuma.com menjanjikan pulangan wang selama 6 bulan dari tarikh anda menerima  Ebook ini, namun dengan beberapa syarat 'ketat' seperti berikut:

    *

      Pembeli telah berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala panduan, tip dan teknik yang diberikan di dalam pakej ebook ini. Kami hanya mahu ber-urusan dengan mereka yang serius sahaja seperti yang kami nyatakan di laman utama "sales letter".
    *

      Pembeli yang ingin dapatkan kembali wang bayaran mereka, perlu menunjukkan bukti usaha mereka samada akaun PPC yang telah didaftarkan, hasil semasa usaha tersebut dan beberapa perkara yang akan diminta sewaktu permohonan pulangan kembali wang bayaran. Tanpa beberapa bukti usaha pembeli, pihak kami berhak menolak permohonan pulangan wang.
    *

      Syarat-syarat ketat sebegini dikenakan adalah kerana produk ini adalah digital dan pihak kami tidak nampak apa yang dilakukan oleh pembeli.

2. Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.

3. Namun, jika Ebook ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan, membahayakan pihak pembeli dan orang ramai, teknik-teknik yang salah di sisi undang-undang atau etika internet, maka kesemua syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran anda akan dipulangkan tanpa sebarang soalan dengan syarat JIKA pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut.



Penerimaan Bayaran, Pesanan dan Link Download Ebook

1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.

2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link download kepada anda.

3. Link download ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Jika kami dapati anda mengedarkan link download, kami akan bertindak tegas.

4. Sebarang masalah dengan link download, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk kami selesaikan masalah tersebut.

5. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat di-download dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.



- Tamat Terma & Syarat -

Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Ebook Rahsia PPCPercuma ini.

Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Ebook Rahsia PPCPercuma ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian anda kelak.

 

Utama | Blog | Support | Affiliate | Soalan Lazim | Terma & Syarat | Penafian
 

 

Copyrights Reserved © 2008 at PPCPercuma.Com