 |
 |
| |
Soalan
Lazim
Soalan 1:
Adakah
Ebook Rahsia PPCPercuma yang anda jual ini adalah dalam bentuk cetakan?
Jawapan:
Tidak. Ebook ini bukan buku bercetak, tetapi ia adalah Ebook di
dalam format file PDF. Selepas anda membuat bayaran, kami akan
menghantar link download untuk anda mendownload Ebook dan item yang
berkaitan ke komputer anda.
Soalan 2:
Adakah
Ebook yang dijual di laman web ini akan dihantar melalui Pos terus ke
rumah saya?
Jawapan:
Tidak. Segala Ebook dan item yang berkaitan perlu anda download terus
di ruang download (laman web) yang akan kami berikan selepas anda
membuat bayaran. Kami tidak menyediakan penghantaran melalui pos untuk
produk di laman web ini. Ia adalah 'downloadable product', iaitu produk
yang perlu anda download dari Internet.
Soalan 3:
Siapakah
anda dan apakah yang membolehkan saya percayakan anda? Maklumlah, di
dunia Internet ini banyak sekali penipuannya.
Jawapan:
Anda boleh mengenali diri saya dengan mengunjungi blog utama saya.
Saya merupakan seorang penggiat aktif dalam menjana
pendapatan online. Saya biasa dikenali dengan panggilan Naem
DiariAdsense di dalam internet. Saya telah berkecimpung dalam dunia
perniagaan online lebih dari setahun.
Soalan 4:
Berapakah
harga produk di laman web ini?
Jawapan:
Harga tetap untuk Ebook Rahsia PPCPercuma yang kami jual di laman web
ini adalah RM30.00. Namun, bergantung kepada keadaan tertentu, harga
mungkin akan berkurangan (seperti ada promosi) dan mungkin akan
dinaikkan. Tetapi secara asasnya, RM30.00 adalah harga asasnya.
Soalan 5:
Adakah
Ebook Rahsia PPCPercuma ini benar-benar dapat membantu saya mendapatkan
kredit pengiklanan percuma?
Jawapan:
Saya tidak dapat menjawab Ya di sini. Ia tertakluk kepada syarat ,terma
dan promosi syarikat-syarikat PPC. Cuma, Saya telah menyediakan panduan
secara umum dan khusus untuk membantu anda menjimatkan kos pengiklanan
dalam program pengiklanan Pay Per Click.
Apapun, saya tidak akan biarkan anda sebagai para pembeli terkontang
kanting dalam mendapatkan kredit pengiklanan percuma. Segala persoalan
dan masalah akan cuba diselesaikan oleh pihak kami di ruangan forum
khas yang telah dibina.
Soalan 6:
Sebagai
pembeli, kami mempunyai hak yang tertentu. Begitu juga yang
menjual mempunyai hak yang tertentu. Pendek kata, ada 'perjanjian'
antara si pembeli dan penjual. Adakah anda menetapkan sebarang syarat
atau 'perjanjian' yang tertentu?
Jawapan:
Ya, sudah tentu ada. Kami sentiasa memikirkan hak yang sama-rata antara
kami dan pembeli. Syarat-syarat ini diwujudkan agar tidak berlaku
sesuatu perkara yang boleh memberikan kesan yang negatif atau persoalan
yang tidak sepatutnya.
Kami mahu mereka yang ingin membeli produk kami membaca terma dan
syarat yang telah kami gariskan dahulu sebelum mereka membeli. Kami
tidaklah mahu menjadi pihak penjual yang mahukan keuntungan
semata-mata. Sebaliknya, kami mahukan sebuah urusniaga jual-beli yang
saling redha meredhai antara satu sama lain.
Soalan 7:
Bagaimanakah
cara untuk saya membuat bayaran?
Jawapan:
Buat masa sekarang, kami menerima bayaran melalui 1 cara sahaja iaitu
melalui bank. Anda boleh membuat bayaran dengan memasukkan ke akaun
bank seperti yang dinyatakan pada bahagian Tempah Ebook Rahsia
PPCPercuma di sini.
Anda boleh menggunakan Online Banking seperti Maybank2u atau
CIMBClicks. Jika anda tidak mempunyai akaun bank Maybank atau CIMB,
anda boleh membuat GIRO Transfer dari mana-mana akaun bank seperti
Public Bank, RHB-Bank atau Bank Islam yang mana semua bank tersebut
mempunyai Online Banking. Sila rujuk kami dahulu sebelum membuat GIRO
Transfer.
Jika anda mahu membuat bayaran secara Offline, anda boleh pergi ke bank
dan memasukkan bayaran (wang) ke akaun kami melalui ATM Deposit Machine
atau mengisi borang simpanan wang melalui kaunter di bank yang
berkaitan (Maybank atau CIMB).
Sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk atau bertanya kepada kami
dengan menggunakan borang pertanyaan di sini.
Soalan 8:
Apakah
yang perlu saya lakukan selepas membuat bayaran?
Jawapan:
Selepas membuat bayaran, anda perlu mengisi Borang Pengesahan. Ini adalah langkah yang amat penting yang mesti anda lakukan.
Jika tidak, kami tidak dapat menguruskan pesanan dan pembelian anda.
Selepas anda menghantar maklumat yang diminta pada borang itu kepada
kami, sila tunggu balasan Emel daripada kami yang mengandungi maklumat
link download Ebook Rahsia PPCPercuma.
Soalan 9:
Berapa
lamakah masa yang perlu saya tunggu untuk mendapatkan Link Download
Ebook Rahsia PPCpercuma ?
Jawapan:
Berikan kami selewat-lewatnya 48 jam untuk menghantar maklumat produk
selepas anda membuat bayaran dan menghantar maklumat melalui borang
pengesahan bayaran. Namun biasanya, kami akan membalas pesanan dan
menguruskan pembelian anda pada hari yang sama anda membeli.
Namun begitu, jika berlaku keadaan di luar daripada keadaan yang kami
tidak jangkakan seperti berlakunya masalah akses ke Internet atau
masalah yang tertentu, maka penghantaran maklumat download produk
mungkin mengambil sedikit masa.
Jika anda tidak menerima emel daripada kami selepas 48 jam, sila
hubungi kami melalui borang di sini.
Nota: Pastikan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat pesanan, sila
semak juga di dalam folder spam emel yang anda gunakan. Jika anda
menggunakan emel Yahoo, sila semak di dalam folder Bulk. Jika anda
menggunakan emel Gmail, sila semak di dalam folder Spam. Kadang-kala,
emel yang kami hantar tidak terus masuk ke bahagian Inbox.
Jika tiada juga emel daripada kami, sila hubungi kami melalui cara yang
telah dinyatakan.
Soalan 10:
Bolehkah
saya berjumpa dengan anda secara 'face to face' sebelum
membeli produk ini atau untuk membantu saya selepas saya membeli produk
anda?
Jawapan:
Tidak sama-sekali. Kami hanya melakukan urusniaga melalui Internet
sahaja tanpa bersemuka. Anda perlu faham bahawa, model perniagaan kami
ialah PERNIAGAAN INTERNET, bukan perniagaan konvensional. Konsep asas
Perniagaan Internet ialah usahawan Internet tidak bersemuka dengan
pelanggan untuk melakukan sesuatu komunikasi dan urusniaga.
Anda perlu yakin bahawa, kami adalah usahawan yang betul-betul
melakukan perniagaan dengan serius. Pastikan anda mengenali kami dahulu
sebelum membeli. Klik di sini untuk membaca siapakah penulis Ebook
Rahsia PPC Percuma.
Sebarang urusan jual beli, pertanyaan dan sokongan selepas jualan
(support), semuanya akan dilakukan secara Online (melalui Internet)
TANPA bertemu secara bersemuka.
Jika anda tidak yakin dengan kami dan dengan produk kami, maka kami
hormati ketidakyakinan anda tersebut. Kami seboleh yang mungkin telah
berusaha untuk meyakinkan bahawa kami bukan seperti penipu-penipu
Internet yang langsung tidak mendedahkan wajah mereka, No. Telefon
mereka atau menceritakan mengenai diri mereka.
Dengan ulasan dan jawapan yang ringkas tersebut, maka tiada sebab untuk
anda tidak yakin dengan kami atau untuk berurusan dengan kami.
Soalan 11:
Adakah
Ebook Rahsia PPCPercuma ini juga menerangkan cara untuk mengiklan
dengan berkesan dan efektif?
Jawapan:
Tidak. Ebook ini hanya menerangkan cara-cara mengurangkan kos
pengiklanan dengan tawaran menggunakan kupon dan kredit percuma yang
diberikan oleh pihak syarikat PPC. Walaubagaimanapun, tip-tip dan
laporan dari hasil kejayaan akan dikongsikan di ruangan forum khas bagi
membantu merancakkan kefahaman dalam pengiklanan PPC.
Sila Tanya dan Hubungi Kami!
Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang mana tidak tersenarai di
atas, silakan bertanya kepada kami melalui borang pertanyaan yang kami
sediakan di sini.

Utama | Blog
| Support
| Affiliate |
Soalan
Lazim | Terma
& Syarat | Penafian
|
|
 | |