Logo Background RSS

» usahawan internet

  • Apa Kata Mereka ( Usahawan Internet )?
    By naem on April 19th, 2008 | 12 Comments12 Comments Comments

    Salam hormat buat semua,

    Rahsia PPC PercumaSaya semakin sibuk semenjak dua menjak ni. Makan tak basah,mandi tak kenyang, tidur tak khusyuk, solat tak lena…hohoho..Bergurau aje…

    Saya dah lihat dan BERTERIMA KASIH kepada para pembaca semua yang telah sudi berkongsi pandangan tentang harga yang berpatutan untuk ebook Rahsia PPCPercuma yang bakal dipasarkan esok hari. Sehingga saat-saat ini, hampir terleka saya dengan demam peperiksaan akhir semester.

    Semalam saya telah menghubungi beberapa orang Usahawan Internet untuk mendengar pendapat, ulasan dan kritikan membina tentang ebook hasil tulisan saya. Alhamdulillah,walaupun masih belum ramai yang memberikan ulasan, tapi saya cukup terharu kerana kesudian mereka ni untuk MEMANDANG EBOOK HASIL TULISAN SAYA. Ye la kan, siapa la saya ni?…

    Justeru, mari kita baca pendapat mereka …

    Salam sejahtera Naem,

    Tahniah! Anda telah mencipta satu panduan yang saya kira cukup padat untuk membantu mereka yang ingin berjinak-jinak dengan pemasaran melaui pengiklanan PPC (Pay Per Click) ini TANPA risiko kehilangan wang yang terlalu banyak.

    Ya, ‘permainan PPC’ bukanlah satu teknik pemasaran yang sesuai untuk semua orang. Jika tidak kena pada caranya boleh rugi bukan setakat ratus, malahan ribuan Ringgit!

    Maka sebab itulah saya rasa anda telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan panduan langkah demi langkah ini, untuk membantu rakan-rakan usahawan Internet diluar sana mengurangkan risiko kerugian wang Ringgit hasil dari pengiklanan PPC ini.

    Pesan saya kepada usahawan Internet di luar sana, jika anda mahu mencuba-cuba dengan pemasaran Internet melalui pengiklanan PPC ini TANPA risiko kerugian wang yang banyak, dapatkan ebook panduan ‘Rahsia PPC Percuma’ ini. Cukup lengkap dengan langkah demi langkah beserta ’screenshot’. Please Login or Register to see the link.