Adwords Keyword Tool External : Dari Julat Ke Angka
Saturday, July 12th, 2008Siapa yang faham tajuk yang saya tulis hari ni, sila angkat jari telunjuk kanan! :-p hehehe…Beberapa minit yang lalu ( banyak minit jugak le ), pihak Adwords ataupun Google Adwords telah menambahkan ciri terbaru yang dicari-cari ramai pengkaji niche di dalam tool Adwords mereka. Yupp…pasti ramai yang pernah mencuba atau menggunakan Adwords Keyword Tool External. Pernah kan? Kalau belum, tak mengapa…Sebabnya biar saya bagitahu dan ceritakan pada anda.
Apa itu Google Adwords : Keyword Tool External ?
Keyword Tool External ini ialah alat bantuan dalam mencari dan mengkaji niche pasaran. Kebiasaannya, seorang pengiklan perlu mengetahui kelebihan pasarannya sebelum melakukan sesuatu perniagaan di internet atau menjalankan promosi di Adwords. Dengan tool Adwords ini, si pengiklan berupaya mengenalpasti :
- Katakunci ( masukkan katakunci utama, dan kita akan dapat lihat senarai katakunci yang dijanan dari asal yang digunakan pengiklan lain)
- Skala persaingan ( Ini biasanya dipaparkan oleh skala “Competition”. Jadi pengiklan dapat le tahu jumlah persaingan yang wujud.
- Skala carian ( Bab ini le yang saya nak ceritakan ). Google memaparkan skala carian bagi sesuatu katakunci berdasarkan rating 1-5 ( maaf jika salah ).
Imej 1: Paparan Asal Tool Sebelum DiUbah Google
Kebiasaannya saya menggunakan tool ini untuk mengenalpasti samada nilai katakunci tersebut High Paying Keywords (HPK) atau sebaliknya. Apa plak HPK tu? hohoho..Ini term yang selalu digunakan oleh penggiat Adsense. Keyword HPK ini mempunyai nilai kos CPC ( Cost Per Click) yang tinggi. Jika nilai CPC tinggi, insyaAllah penggiat Adsense akan mendapat hasil yang memuaskan dari klik terhasil. Pernah tak anda ( Jika anda penggiat Adsense ) mendapat 1 klik bersamaan USD$5 ?
Keyword Tool External vs Keyword Tool
Apa bezanya ni? Kenapa letak “VS” ?. Ok, biar saya maklumkan. Jika anda perasan, di dalam akaun Adwords anda pihak Google juga menyediakan tool keyword. Tool tersebut lah yang menjadi asas kepada Keyword Tool External. Sebenarnya tool tersebut untuk pengiklan Adwords . Jika anda memiliki akaun Adwords, anda akan dapat lihat tool ini di bahagian ” Campaign Management” (more…)



