Logo Background RSS

» ad group

  • Terminologi Asas Dalam PPC
    By naem on June 16th, 2008 | 4 Comments4 Comments Comments

    Mengiklan dalam kempen pengiklanan Pay Per Click ( PPC ) bukan semudah yang disangka dan tak sesusah yang dijangka. Asalkan ada hati dan keinginan untuk belajar dan praktis, segalanya akan berjalan lancar dan berjaya di akhir usaha.

    Kali ni, PPCPercuma dot com ingin berkongsi dengan semua para pembaca berkaitan terminologi asas yang penting dalam pengiklanan PPC. Yup…yang asas aje le. Yang advance2 tu belum sampai tahap saya lagi. Apapun, semua pengiklan harus menguasai dan memahami terminologi asas ini terlebih dahulu jika tidak kepingin hilang duit tanpa hasil didalam pengiklanan PPC.

    Teruskan bacaan anda semua dengan penerangan ringkas dari saya di bawah :

    Keyword ( KataKunci )
    KataKunci adalah perkataan yang digunakan oleh para pengguna internet untuk membuat carian di internet. Kumpulan katakunci yang dipilih pengiklan pula bertujuan untuk mensasarkan kumpulan pengguna tertentu yang berpotensi membeli di internet.

    Kumpulan katakunci tersebut lazimnya akan digabungkan di bawah satu ad group. Saranan dari sesetengah pengiklan ( advertiser ) Adwords ialah gunakan 25 katakunci sahaja untuk satu ad group.

    Contoh:
    Carian di dalam “screenshot” tersebut menggunakan katakunci “pendapatan online“. Hasilnya iklan-iklan di dalam Adwords terutamanya yang menggunakan katakunci tersebut akan terpapar.

    Setiap baris iklan yang terpapar di “ranking”kan atas beberapa faktor lain yang akan dibincangkan kemudian. Secara kasarnya gambaran mudah khas untuk menerangkan Ad Group dan kumpulan katakunci seperti di rajah bawah Please Login or Register to see the link.