Logo Background RSS

Advertisement

  • Belajar SEO Dari Panduan SEO Cara Inspiration
    By naem on November 8th, 2008 | 19 Comments19 Comments Comments

    Salam hormat untuk semua,

    Bagaimana aktiviti hujung minggu anda kali ni? Tentu nak berehat kan ? Bagi saya inilah hari-hari yang sesuai untuk saya tumpukan pada kerja-kerja mencari pendapatan internet saya. Hari -hari biasa susah la skit. Letih balik kerja pun tak sempat nak hilang, macammana nak mengadap komputer sejam dua jam kan? daya tahan lemahhhh…

    Berbalik kepada topik penulisan saya kali ni, saya ingin kongsikan pengalaman seorang kawan saya. Pengalaman beliau menguasai teknik optimasi posisi laman web di Google ( Teknik SEO ) . Pengalaman bagaimana beliau mudah mendapatkan kedudukan top 10 di Google.

    Pengalaman Seorang Penggiat SEO

    Beliau ( saudara Busiai ) pada mulanya pernah menerbitkan ebook panduan berkaitan video marketing. Perinciannya memang memuaskan hati saya. Saya selalu menggunakan teknik video marketing untuk mempromosi blog dan mendapat USD dalam ber”Adsense”. Penerangan beliau dalam ebook tu memang bermakna. Saya sendiri terpegun apabila beliau dedahkan masa-masa sibuk pelayar internet melayari laman video seperti youtube. Hasilnya saya berjaya mendapatkan jumlah viewer lebih dari 2juta hanya untuk 1 video sahaja.

    Itu dulu…

    Kini, beliau kembali. Yang menariknya beliau ingin pula berkongsi teknik bagaimana beliau berjaya menjadi pemenang dalam contest SEO di forum usahawan internet malaysia. Kagum saya. Hehe…beliau ada
    ym saya semalam dan berikan panduan tersebut PERCUMA. Ya…memang percuma …Tapi untuk saya je la.

    Anda  tahu ? ….Beliau terangkan dalam panduan tersebut secara terperinci berdasarkan pengalaman bagaimana pakar dalam teknik optimasi On-page SEO. Tak cukup “on -page”, “off page ” plak beliau ketengahkan.  Mengoptimakan kedua-dua teknik SEO di atas cukup menjadikan anda padat dengan asas sebenar ilmu SEO. Selain dari dua bahagian optimasi di atas, beliau turut menghuraikan bab pautan link. Bab “Building LINK ” yang selalu orang heboh-hebohkan. Link building ni memang penting terutama jika anda ingin menjadi pakar SEO. pssst…tahu ke anda dengan menguasai SEO di google anda juga boleh menjana pendapatan yang berlipat kali ganda ?

    Setelah penerangan di huraikan, saya turut terpaku memandangkan beliau telah aturkan jadual hari demi hari untuk menjadi pakar seo. Sesuatu yang sukar untuk diramalkan tapi beliau yakin dan berkongsi jadual pakar SEO beliau dengan kita semua. Beliau telah letakkan satu garis panduan selama 26 hari untuk bagi mengoptimasikan teknik SEO secara menyeluruh. (more…)

  • 2 Elemen Utama Dalam PPC
    By naem on November 2nd, 2008 | 7 Comments7 Comments Comments

    Semalam salah seorang pelanggan sedia ada PPCPERCUMA menghubungi saya. YM je la… Saya jarang online sekarang ni. Jadi semalam dikira sangat bertuah le sesiapa yang dapat hubungi saya dalam tempoh 2 hari ni. Hohoho…

    Dari perbincangan saya semalam, pelanggan PPCPERCUMA ni hadapi masalah dalam akaun Adwords beliau. Secara kebetulan saya masih segar lagi time tu. So saya cuba selesaikan masalah beliau. Dari pengamatan saya, saya agak terkejut sebab ramai yang belum tahu tentang cara mengiklan di Adwords ni. Yang peliknya ramai pulak yang beli ebook PPCPERCUMA saya. Sedangkan ebook saya ni takde guna juga kalau dibeli tanpa tahu menggunakan kelebihannya.

    Ok…Untuk makluman anda semua, secara ASASnya pengiklanan di Pay Per Click ( PPC ) menumpukan 2 ASPEK UTAMA iaitu :

    • Iklan ( baris, video, banner, etc )
    • Keyword ( Katakunci )

    Tanpa 2 elemen utama di atas, anda tak

    kan dapat menjalankan kempen pengiklanan mahupun di tahap paling bawah. Jadi, mesti faham asas ni. Selepas anda betul2 faham dan kenal dengan 2 ELEMEN di atas, baru le boleh mula mengiklan. Tapi ini bukan KUNCI KEJAYAAN dalam P

    PC tau.  Info dan tips terperinci mengambil masa untuk dipelajari. Ia bukan mustahil untuk mendapat UNTUNG BERLIPAT GANDA dalam PPC.

    Cuba anda lihat iklan ( screenshot ) di sebelah :

    Dari iklan baris disebelah ( text ads ), anda boleh simpulkan bahawa iklan tersebut mempromosikan term “mailing list”. Jika anda ragu-ragu, cuba lihat keywords yang saya gunakan di bahagian atas iklan tersebut. Saya taipkan ” direct mail mailing list” dan 2 baris iklan ini terpapar. Jadi disini ELEMEN PERTAMA ialah Iklan.

    TETAPI…..Jangan disangka semudah itu je . Anda perlu menggunakan ELEMEN kedua bagi melancarkan kempen pengiklanan. Dengan elemen kedua, barulah iklan anda seperti di atas akan terpapar. ELEMEN KEDUA ialah KEYWORD. (more…)

  • VCC Murah Dan Adwords Voucher
    By naem on October 25th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Salam hormat semua,

    Hari ni saya nak mula menulis kembali… Ya…setelah hampir berbulan lamanya, nak mula semula menulis. Topik yang saya ingin bincangkan bersama dalam artikel kali ini iala berkaitan dengan VCC dan Adwords Vouchers.

    Bagi penggiat Adwords , rasanya mustahil jika tak pernah dengan istilah VCC. Bagi pembeli PPCPercuma plak, haaaa…jangan risau, PPCPercuma Versi 2 akan menyusul dan teknik ini akan saya dedahkan secara terperinci. Yang penting sekali, ia adalah kemaskini PERCUMA buat anda sebagai pembeli.

    Berbalik semula kepada teknik VCC. Ia bukan teknik yang susah sangat pun. Tetapi anda perlu bijak sebelum menggunakan teknik ini.

    VCC adalah singkatan bagi Virtual Credit Card. Ia adalah kad kredit maya yang hanya sah digunakan dalam dunia online ni.Tujuan utama VCC digunakan sama seperti kad kredit biasa. Malahan kegunaan VCC ni lebih meluas terutama tau.

    Ok…Apa yang saya nak isu kan di sini ialah :

    1. Tahukah anda VCC boleh dimiliki lebih dari satu? Maksudnya anda boleh memiliki kad kredit lebih dari satu dalam satu-satu masa.
    2. VCC kebanyakannya lebih berkonsepkan kad debit dimana anda hanya boleh berbelanja setakat amaun yang ada dalam VCC anda. Konsep ini lebih selamat jika anda memang seorang yang berjimat cermat. Tak de le isu kena bill lebih dari jumlah yang ada dalam akaun
    3. Ramai yang kena tipu ketika memilihi dan membeli VCC ni. Ishk…ishk kesian. So jangan beli dari sembarangan orang je tau . Especially dari orang yang jual VCC khas untuk mengaktifkan akaun Adwords…RUGI BESAR tau..
    4. Duit dalam VCC akan hangus sekiranya tak digunakan sampai habis. Tetapi…hehehe ada penyedia VCC yang sediakan kemudahan untuk anda memindahkan wang tersebut ke VCC yang lain. Bahkan anda juga boleh mengluarkan wang tersebut dalam akaun bank anda. Hehehe..tak rugi le duit baki tu
    5. Mana nak beli VCC ni ? Jawapannya saya sediakan dalam Versi terbaru nanti.

    Ok…rasanya dah cukup kot penulisan hari ni. Sekadar “warming up” semula . Almaklum le lama tak menulis. Jika anda ada soalan berkaitan VCC, aju kan le di sini. Kalau nak kongsi info, lagi bagus…Ye kan? Betul…betul betul betul ( Macam upin plak ). Setakat ini dulu. Ni nak keluar jap…” Happy Deepavali “