Adwords Keyword Tool External : Dari Julat Ke Angka

July 12th, 2008

Siapa yang faham tajuk yang saya tulis hari ni, sila angkat jari telunjuk kanan! :-p hehehe…Beberapa minit yang lalu ( banyak minit jugak le ), pihak Adwords ataupun Google Adwords telah menambahkan ciri terbaru yang dicari-cari ramai pengkaji niche di dalam tool Adwords mereka. Yupp…pasti ramai yang pernah mencuba atau menggunakan Adwords Keyword Tool External. Pernah kan? Kalau belum, tak mengapa…Sebabnya biar saya bagitahu dan ceritakan pada anda.

Apa itu Google Adwords : Keyword Tool External ?

Keyword Tool External ini ialah alat bantuan dalam mencari dan mengkaji niche pasaran. Kebiasaannya, seorang pengiklan perlu mengetahui kelebihan pasarannya sebelum melakukan sesuatu perniagaan di internet atau menjalankan promosi di Adwords. Dengan tool Adwords ini, si pengiklan berupaya mengenalpasti :

  • Katakunci ( masukkan katakunci utama, dan kita akan dapat lihat senarai katakunci yang dijanan dari asal yang digunakan pengiklan lain)
  • Skala persaingan ( Ini biasanya dipaparkan oleh skala “Competition”. Jadi pengiklan dapat le tahu jumlah persaingan yang wujud.
  • Skala carian ( Bab ini le yang saya nak ceritakan ). Google memaparkan skala carian bagi sesuatu katakunci berdasarkan rating 1-5 ( maaf jika salah ).

Photobucket

Imej 1: Paparan Asal Tool Sebelum DiUbah Google

Kebiasaannya saya menggunakan tool ini untuk mengenalpasti samada nilai katakunci tersebut High Paying Keywords (HPK) atau sebaliknya. Apa plak HPK tu? hohoho..Ini term yang selalu digunakan oleh penggiat Adsense. Keyword HPK ini mempunyai nilai kos CPC ( Cost Per Click) yang tinggi. Jika nilai CPC tinggi, insyaAllah penggiat Adsense akan mendapat hasil yang memuaskan dari klik terhasil. Pernah tak anda ( Jika anda penggiat Adsense ) mendapat 1 klik bersamaan USD$5 ? :-)

Keyword Tool External vs Keyword Tool

Apa bezanya ni? Kenapa letak “VS” ?. Ok, biar saya maklumkan. Jika anda perasan, di dalam akaun Adwords anda pihak Google juga menyediakan tool keyword. Tool tersebut lah yang menjadi asas kepada Keyword Tool External. Sebenarnya tool tersebut untuk pengiklan Adwords . Jika anda memiliki akaun Adwords, anda akan dapat lihat tool ini di bahagian ” Campaign Management” Read the rest of this entry »

Video Tutorial Memiliki Domain + Hosting Percuma

July 5th, 2008

Di dalam artikel terdahulu ( rujuk artikel ini ” Sini Boleh Dapat Domain Percuma” ) , saya telah nyatakan cara mudah mendapatkan domain percuma dari pihak www.co.cc . Justeru saya telah siapkan video khas didalam versi bahasa buat para pembaca menonton supaya lebih mudah untuk difahami. Video di bawah hanyalah video tutorial mendapatkan domain percuma. Untuk video mendapatkan hosting percuma serta bagaimana menggabungkan domain dan hosting tersebut telah saya kemaskinikan di blog DiariAdsense (Nak Domain + Hosting Percuma??? )

Selamat menonton..Jangan lupa untuk tinggalkan komen membina dan pandangan bernas anda nanti..

RM50 Untuk Anda!!!

July 3rd, 2008

Salam hormat semua,

Saya ingin mengumumkan bahawa :

  1. Setiap agen PPCPERCUMA yang berjaya mendapatkan 10 Jualan melalui link masing-masing setiap bulan ( 16hb -16hb bulan seterusnya ) akan mendapat KOMISEN TAMBAHAN RM50.
  2. Pembeli Ke sepuluh bagi produk PPCPercuma setiap hari akan mendapat Hadiah Wang Tunai RM50. Pembeli tersebut akan dipilih jika beliau adalah pembeli ke sepuluh setiap hari.

Kenapa saya nak bagi RM50? Logiknya saya ingin meningkatkan jualan Rahsia PPCPercuma . Secara tak lansung para pembaca PPCPercuma dot com ini akan turut bertambah. Hohoho…Saya dapat untung, anda juga akan turut beruntung.

Bagi sesiapa yang masih belum mendaftar sebagai agen PPCPercuma dot com, sila kunjungi link yang tertera :

[+] http://www.ppcpercuma.com/agen2/index.php

Ps: Sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dan masih belum dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa. Ini bukan disebabkan saya telah berpindah ke bulan mahupun bertukar alam. Tetapi penyesuaian diri dengan suasana perkerjaan. Sekarang saya sedang menjalani hidup seorang pekerja di “CIMB”. Abis kerja jam 5.45 ptg. Jadi masa agak terhad untuk melayari internet.