Kredit Percuma USD$100 Dengan YSM
Monday, August 11th, 2008Salam hormat semua,
Yippeee, untuk kesekian kalinya saya cuba kembali ke sini dan nampaknya misi untuk kembali menulis berputik semula. Kalau dah tinggalkan blog berusang lamanya, memang malas jugak le nak menulis balik. Apapun ni kira rekod olimpik jugak le kot. Hoho..
Sebelum ni saya banyak berbincang tentang Adwords sahaja kan? Erm…rasanya la. Tapi untuk artikel kali ni saya nak sentuh hal berkaitan Yahoo Search Marketing. Ada sesiapa yang pernah mencuba program pengiklanan YSM tak? Kalau ada, boleh le berkongsi sedikit sebanyak di sini. Terutamanya buat pembeli F2R bro ringgithit. Tentu familiar dengan YSM kan?
YSM atau Yahoo Search Marketing ni macam Google Adwords jugak. Secara umumnya, lebih ramai orang berminat untuk menggunakan Google Adwords berbanding YSM. Faktornya saya masih belum dapat dedahkan. Setakat andaian sesiapa pun boleh buat telahan kan?
Ok, YSM seperti yang pernah saya gunakan. Ada sedikit kelainan berbanding Adwords. Perasan tak? Ada
sesiapa yang tahu? Kalau salah, tolong perbetulkann ye. Antara perbezaan utama yang saya sedari ialah YSM hanya membenarkan anda mengiklan di satu-satu negara sahaja berdasarkan lokasi geografi yang anda pilih seawal pendaftaran akaun. Contohnya saya mendaftar akaun saya dan saya pilih lokasi pengiklanan di US. Jadi saya hanya terhad untuk mengiklan di US sahaja.
Akan tetapi…hehehe..best jugak guna YSM ni sebab ada bonus kupon kredit percuma yang boleh digunakan. Saya pernah daftar satu akaun dan dapat kredit tambahan sebanyak USD$100 percuma. Itu yang best tu. So boleh le saya belanjakan amaun kos tanpa perlu risaukan kos yang banyak. Maksud saya di sini saya boleh mencuba apa saja teknik mahupun buat silap dalam ppc. Hasilnya saya boleh belajar secara terus dari pengalaman. Di bawah adalah screenshot salah satu akaun saya.
Nak tahu lebih lanjut? Saya ada ringkaskan cara pendaftaran YSM dan perincikan cara-cara mendapat kredit tambahan bernilai USD$100 untuk lebih dari 1 akaun. Semua ini saya bukukan dalam ebook Rahsia PPC Percuma. Jika anda dah dapatkannya, rujuk semula ye. Bagi yang belum, apa lagi…Dapatkan la segera ye..Cuma RM30 untuk pelaburan dan pembelajaran tak ternilai.







