Archive for the ‘Tip Iklan’ Category

Asas Istilah PPC 1 :” Search Marketing”

Monday, August 18th, 2008

Dalam post kali ini, saya akan cuba berkongsi pemahaman saya berkenaan istilah-istilah yang sering digunakan dalam program pengiklanan PPC. Untuk itu, saya telah menggunakan beberapa bahan rujukan dari internet dan gabung serta menulis semula dengan gaya bahasa dan dalam bahasa Malaysia. Justeru, jika ia seakan-akan sama mahupun bercanggah dari mana-mana bahan-bahan sedia ada di dalam internet, para pembaca digalakkan untuk berfikir dan memilih keputusan sendiri.

Apa itu pengertian “Search Marketing” ? Kenapa perlunya “Search Marketing”? dan Bagaimana “Search Marketing” di jalankan di dalam internet?

“Search Marketing” dicetuskan dari keperluan yang wujud dalam internet. Para pengguna internet lazimnya akan mendapatkan sesuatu info dari internet dengan memasukkan ” katakunci ( keywords )” .Oleh kerana ini adalah satu gambaran kepada permintaan manusia, mengiklankan barangan atau perkhidmatan melalui aktiviti para pengguna internet ini dikenal sebagai ” Search Marketing”.

Kebiasaanya aktiviti ” Search Marketing” ini di uruskan oleh enjin carian ( Search Engine ) seperti Google, Yahoo, Microsoft dan sebagainya.

Hasil carian berdasarkan katakunci yang relevan akan memaparkan iklan-iklan yang berkaitan. Biasanya iklan-iklan ini diletakkan di bahagian atas, bahagian tepi dan bahagian bawah “hasil carian”. Kedudukan ini adalah berdasarkan ” Paid Placement” iaitu setiap posisi iklan dinilai dan diposisikan berdasarkan bayaran. Contohnya seperti paparan di bawah :

Yahoo! launches Sponsored Search in Southeast Asia

Berikut adalah istilah-istilah yang selalu digunakan dan berkaitang dengan topik Search Marketing : (more…)

7 Kesilapan UTAMA Pengiklan PPC - Siri 2

Friday, May 16th, 2008

Salam hormat buat semua,

Dalam artikel “7 Kesilapan UTAMA Pengiklan PPC - Siri 1” lepas, saya telah nyatakan perkara pertama yang selalu dihadapi oleh pengiklan PPC seperti saya ( orang baru ). Sebab terlalu ghairah dengan kejayaan orang lain ( bukan ghairah lain tau ) dalam PPC, ramai newbie yang terburu-buru terus terjun ke dalam dunia pengiklanan Pay Per Click.

Nampak bagus. Tapiii…….Sengsara jika tak kena pada strategi.

Justeru sebelum terjun dalam kolam, ukur dulu kedalaman. Hohoho…tak semua terus pandai berenang. Macam tu jugak le dalam Dunia PPC online. Lihat, ukur dan fahami apa yang akan dilakukan,sedang dilakukan dan akan dilakukan.

Di dalam artikel siri kedua ini, saya akan kongsikan siri lanjutan kesilapan pengiklan PPC macam saya. Tahu tak apa yang silapnya ?

TIDAK MENGKAJI PASARAN

Yup…mengkaji pasaran adalah antara perkara utama dalam dunia pengiklanan online. Tanpa mempunyai kefahaman tentang pasaran masing-masing, ramai yang akan kecewa. Terburu-buru. Jika anda perasan, Adwords contohnya telah pun menyediakan tool untuk semua pengiklannya mengoptimakan hasil dengan mengiklan dalam pasaran yang spesifik, smart, dan menguntungkan.

Tak percaya ?

niche codeHabis tu apa guna “Google Ads Placement”, Content Network, Search Network. Apa yang lebih menarik, sebahagian PPC ada menyediakan tool untuk pengiklan menentukan iklannya sesuai dengan lokasi, umur, pendapatan si pengguna internet. Nampak tak betapa peri pentingnya PASARAN YANG SPESIFIK.

Opppss… nampak macam saya dah terlepas satu point penting. Ramai yang agak kabur tentang bagaimana mendapatkan pasaran yang menguntungkan. Oucchhh..saya sendiri pun tak tahu yang mana satu. Adakah menjual barangan wanita? atau menjual ebook kepada orang-orang yang gila nak buat duit ? Itu semua tak semestinya menguntungkan. Yang penting ialah PERMINTAAN adalah LEBIH BESAR dari PENAWARAN. Meminta tanpa membeli pun tiada guna. Jadi…pada fikiran saya, yang terbaik ialah kita semua mengkaji pasaran sedia ada dan jadikan ia UNIK. Pasaran unik tentu ada. (more…)

Mana Lebih Menarik, CPC atau CPM?

Saturday, April 12th, 2008

Artikel ringkas hari ini,saya ingin berkongsi secebis info berkenaan teknik dari pengiklanan Pay Per Click ( PPC ).
pay-per-click-management
Tahu tak rakan-rakan apa itu CPC?
Haaa…CPC ni ialah singkatan bagi Cost Per Click. Maksudnya sebarang iklan yang menggunakan CPC di caj berdasarkan klik. Jika ada yang klik iklan tersebut, maka si pengiklan tersebut akan dicaj. Mudah bukan?

Actual cost-per-click (CPC)

This is the amount you’ll actually pay for a click on your ad. The AdWords Discounter automatically gives you the lowest possible price in order for you to maintain your ad’s position. Your actual CPC will be equal to or less than the CPC bid you specify for your ad group or keyword.
Sumber : Adwords

CPM tu apa plak? (more…)