Archive for the ‘kupon’ Category

Kupon Adwords Untuk Mereka

Sunday, June 15th, 2008

Salam buat semua,

Seperti yang dijanjikan ( rujuk artikel Siapa Yang Terlebih Layak??? £ 30???
dan artikel Betul Ke “Customer Is Always Right” ? ) , saya telah memilih 2 orang yang layak untuk mendapatkan kupon adwords secara percuma…Siapa mereka itu? Hohoho…

Mereka ialah :

titan :

Camni naem. Bagi aku solution dia senang je. Ada betul gak apa mamat tu cakap.

ada orang tak tau apa langsung page download/landing page dan bermacam2 lagi istilah internet ni. Kita suruh klik..entah site mana dia pegi.

So, take it simple. Kalau ikut kes ko nih. Aku nak setel mudah je.

Aku bagi file ebook tu direct dalam email. Tak pelu kita bagi link download. Biasanya klu download dr link download yg kita berikan, memang kekadang problem. KLu dari yahoo, kita upload, sent by email yahoo. itu je cara aku paling selamat dan 100% customer akan dapat barang kita.

takpun, pakai je perkhidmatan ziddu atau rapidshare. Confirm dapat download. Kalau tak dapat gak, kita leh categorikan diorang adalah orang yg kurang berilmu tentang bab2 mendownload nih..(tapi klu download benda2 porn, 100% laju jer. Laki pempuan sama je..)

Tapi jika cara nih pun ko da pakai naem dan customer diatas still masih tak dapat wat apa-apa. Aku tak tau nak kata apala.

Satu lagi. Aku cadangkan sesiapa yg nak jual e-book. Jangan letak lagi 100% refund in 30 days or apa2 yg berkaitan dgn refund. kekadang, diorang pakai taktik cam gini je nk dapat ebook free.

Nak senang. Terus terang kat salesletter, NO REFUND. Itu trademark aku. Siapa yg pernah beli dgn aku baik luar atau dalam. Diorang tau aku takkan sediakan refund.

Satu lagi, aku rasa customer ko tu kurang sabar. Baru 2 kali suruh download sana sini, dah give up. Aku pernah deal lebih dari 10 kali berbalasan email atau berpuluhan sms semata2 nk terangkan camna nk download dan terangkan sket pasal produk. So, dalam situasi ini, buyer dan seller kene bersabar..

Tapi klu semua diatas tak makan saman gak. Aku bagi je raw file dalam notepad or word. Satu orang je, tak luak modal aku. Niat kita kan nak jual ilmu? Bagi je. Janji customer puas hati.

Customer always right. But seller also have decision to think if customer is right or not..

Ps: Sudahj. Aku dah merepek da ni. Sorry aa naem. Ni semua hanyalah kisah2 benar yg pernah berlaku sejak 2-3 tahun ini..

——————————————————————–

kall Says:

aku rase titan ader harapan nak menang dalam contest ko yang tak nampak macam contest tapi contest lah nih atau dikenali contest untuk dapatkan jawapan melalui jawapan sebab:titan bagi jawapan kepada masalah ynag ko lalui dan melalui itu kita tahu ader 3 jawapan tepat untuk masaalh itu iaitu:
(!) Buat alternatif donlod melalui :
rapidshare atau ziddu
(2) Buat pakai file selain file PDF iaitu notepad atau word
(3) Pulang balik duit sebab ader juga yang betul2 buta kayu eh buta IT atau rabun sikit2 laah pasal IT nih

Tapi Jebon pun ader jawapan yang menarik dan siap ader pengalaman yang menarik dan berikan satu pengajaran bahawa ader jugak kaki2 kencing nak ebook pree.

Fauzi plak kurang dalam solution info

Tapi aku dah VOTE Titan daah

Ikutkan hati nak je bagi semua menang. Tapi kupon yang ada pun terhad jugak…Bro titan, memang saya mulanya nak pilih bro..Tapi tak best jugak kalo bro aje yang asyik menang..hehehe ( gurau je ). Pada yang lain, insyaAllah ada rezeki, giliran anda plak..Jangan risau, matlamat saya berblog ni nak bagi semua merasa apa yang saya dapat. Jadi, jangan la segan dengan saya atau segan untuk bertandang ke sini.

ps: bro titan and kall, sila kompem kan emel pada saya..terima kasih

Jangan Gunakan Link Voucher Adwords Jika….

Saturday, May 3rd, 2008

Salam hormat semua,

Dalam letih-letih menelaah buku ( ada 2 paper lagi exam ni ), saya curi jap masa nak menulis di sini.

Sejak 2 3 hari ni, inbox saya tak pernah sunyi dari 2 jenis emel. Satu emel pengesahan pembayaran dan satu lagi emel support..Hehehe.. Nampaknya ramai pembeli yang lebih suka terus emel dari menggunakan ruangan forum support yang disediakan.Takpe le…dah memang macam tu naem..

Ok..Setelah membaca dan meneliti beberapa emel pertanyaan yang ditanya.

Saya dapat simpulkan bahawa anda tidak lagi boleh menggunakan link voucher adwords seperti ini https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503 jika anda :

  1. pernah mendaftar akaun adwords sebelum ini menggunakan kad debit/kad kredit yang sama
  2. menggunakan khidmat “bank transfer” untuk bayaran pengaktifan. (more…)

Kos Dalam Pay Per Click - Siri 1

Wednesday, April 30th, 2008

Salam hormat semua,

Pertamanya selamat hari buruh saya ucapkan. Tak kisah la samada anda buruh atau tak. Yang penting hari ni kita bersama-sama menghargai sumbangan para pekerja di Malaysia. Tanpa pekerja bahagian pemasangan Maxis Broadband, dah tentu saya tak berupaya nak online sampai hari ini. ( Maxis semakin LEMBAP lorr )

Jadi…dah cukup la kot mukadimah kat atas tu. Ini saya nak huraikan pula pasal kos mengiklan dalam program Pay Per Click.

Pertamanya, anda semua perlu faham. Kos iklan di PPC ni berbeza setiap syarikat. Ada yang tetapkan awal-awal lagi bayaran pengiklanan. Ada juga yang telah tetapkan minima kos mengiklan. Jadi, kita kena lihat satu demi satu info berkaitan syarikat Pay Per Click yang ingin disertai.

Saya senaraikan 3 syarikat PPC terfamous ka dunia ni dan kos-kos yang terlibat.

Google Adwords :
Kos Dalam Pay Per Click - Siri 1Off course..Adwords ni paling glamour. Kenapa? Sebab banyak perkhidmatan yang disediakan oleh Google ni, disamping menumpang namanya yang sedia gah di dipasaran US. Oh ya! berapa kos mengiklan di Google Adwords?

Secara asasnya anda perlu membuat bayaran untuk :

  1. bayaran USD$5 ( RM20 ) untuk yuran pengaktifan
  2. bayaran USD$?? ( RM40 ) untuk deposit pengiklanan

Jika anda menggunakan link khas untuk kredit percuma Adwords seperti di bawah :

https://adwords.google.com/select/main?cmd=Login&sourceid=Yh91503

Anda akan mendapat kredit percuma sebanyak USD$55 ( RM ). Setelah membuat pembayaran samada melalui kad kredit/debit yang mempunyai logo visa/mastercard, akaun Adwords anda akan dikreditkan USD$55 dan ……Ok tarik nafas jap…Letih mata ni.. (more…)