Archive for the ‘definisi’ Category

Siri Panduan Adwords : Keyword Matching & Broad Matches

Thursday, June 19th, 2008

Dalam siri yang lepas, saya telah kongsikan apa yang saya faham tentang salah satu terminologi asas yang penting dalam program pengiklanan Pay Per Click. Untuk penulisan kali ini, saya fikir untuk mengubah tajuk artikel ini dan yang lepas menjadi satu tajuk yang bersiri.

Ramai yang bertanyakan saya “bagaimana nak memulakan kempen dalam PPC terutama Google Adwords? ” . Jalan mudah ialah dapatkan panduan rajaadwords. Hohoho…tapi kalau nak susah sikit, boleh aje ikut perkembangan blog ni. Ya, matlamat saya untuk jadikan blog ni adalah blog bahasa Malaysia yang membincangkan perkara berkaitan PPC terutama Google Adwords.

Perbincangan kali ini sedikit mendalam berbanding lepas. Salah satu perkara penting dan berkesan untuk mengiklan dalam Adwords dengan jayanya ialah membina senarai katakunci ( keywords ) dalam ad group yang berbeza. Jadi, seperti yang saya tekankan sebelum ni ( terminologi asas dalam adwords )iaitu memiliki katakunci yang sesuai akan menguntungkan pengiklanan si pengiklan. Justeru artikel kali ini akan lebih menjurus kepada strategi pemilihan katakunci yang sesuai.

Keyword Matching

Google Adwords menyediakan 4 pilihan untuk pengiklan memaksimakan impak kempennya. 4 pilihan katakunci tu ialah :

  1. broad matches
  2. phrase matches
  3. exact matches
  4. negative matches

Dari pilihan-pilihan ( strategi pemilihan katakunci ), pengiklan boleh memilih supaya dapat lebih fokus kepada sasaran pengiklanan, mengurangkan kos per klik ( kurang klik pada iklan secara semberono ), dan pastinya menghasilkan kadar pulangan yang menguntungkan ( setiap klik menghasilkan jualan/langganan/etc ).

Broad matches ni secara definisi mudah ialah katakunci yang digunakan secara umum. Iklan akan muncul berdasarkan katakunci yang dipilih secara umum. Secara default, memang pihak Google telah tetapkan pilihan ini. Contohnya ialah katakunci bagi “panduan adwords” . Iklan si pengiklan ni akan muncul di semua carian yang mengandungi 2 perkataan tadi. Saya telah mengambil satu contoh hidup untuk penerangan ini. Berdasarkan katakunci “panduan adwords” ( contoh ini mengandaikan si pengiklan menetapkan broad matches pada katkunci tersebut ), saya telah berjaya mendapatkan hasil seperti di bawah.

panduan adwords

panduan adwords (more…)

Terminologi Asas Dalam PPC

Monday, June 16th, 2008

Mengiklan dalam kempen pengiklanan Pay Per Click ( PPC ) bukan semudah yang disangka dan tak sesusah yang dijangka. Asalkan ada hati dan keinginan untuk belajar dan praktis, segalanya akan berjalan lancar dan berjaya di akhir usaha.

Kali ni, PPCPercuma dot com ingin berkongsi dengan semua para pembaca berkaitan terminologi asas yang penting dalam pengiklanan PPC. Yup…yang asas aje le. Yang advance2 tu belum sampai tahap saya lagi. Apapun, semua pengiklan harus menguasai dan memahami terminologi asas ini terlebih dahulu jika tidak kepingin hilang duit tanpa hasil didalam pengiklanan PPC.

Teruskan bacaan anda semua dengan penerangan ringkas dari saya di bawah :

Keyword ( KataKunci )
KataKunci adalah perkataan yang digunakan oleh para pengguna internet untuk membuat carian di internet. Kumpulan katakunci yang dipilih pengiklan pula bertujuan untuk mensasarkan kumpulan pengguna tertentu yang berpotensi membeli di internet.

Kumpulan katakunci tersebut lazimnya akan digabungkan di bawah satu ad group. Saranan dari sesetengah pengiklan ( advertiser ) Adwords ialah gunakan 25 katakunci sahaja untuk satu ad group.

Contoh:
Carian di dalam “screenshot” tersebut menggunakan katakunci “pendapatan online“. Hasilnya iklan-iklan di dalam Adwords terutamanya yang menggunakan katakunci tersebut akan terpapar.

Setiap baris iklan yang terpapar di “ranking”kan atas beberapa faktor lain yang akan dibincangkan kemudian. Secara kasarnya gambaran mudah khas untuk menerangkan Ad Group dan kumpulan katakunci seperti di rajah bawah (more…)