Free Web Hosting with Website Builder

Adwords Keyword Tool External : Dari Julat Ke Angka

Siapa yang faham tajuk yang saya tulis hari ni, sila angkat jari telunjuk kanan! :-p hehehe…Beberapa minit yang lalu ( banyak minit jugak le ), pihak Adwords ataupun Google Adwords telah menambahkan ciri terbaru yang dicari-cari ramai pengkaji niche di dalam tool Adwords mereka. Yupp…pasti ramai yang pernah mencuba atau menggunakan Adwords Keyword Tool External. Pernah kan? Kalau belum, tak mengapa…Sebabnya biar saya bagitahu dan ceritakan pada anda.

Apa itu Google Adwords : Keyword Tool External ?

Keyword Tool External ini ialah alat bantuan dalam mencari dan mengkaji niche pasaran. Kebiasaannya, seorang pengiklan perlu mengetahui kelebihan pasarannya sebelum melakukan sesuatu perniagaan di internet atau menjalankan promosi di Adwords. Dengan tool Adwords ini, si pengiklan berupaya mengenalpasti :

  • Katakunci ( masukkan katakunci utama, dan kita akan dapat lihat senarai katakunci yang dijanan dari asal yang digunakan pengiklan lain)
  • Skala persaingan ( Ini biasanya dipaparkan oleh skala “Competition”. Jadi pengiklan dapat le tahu jumlah persaingan yang wujud.
  • Skala carian ( Bab ini le yang saya nak ceritakan ). Google memaparkan skala carian bagi sesuatu katakunci berdasarkan rating 1-5 ( maaf jika salah ).

Photobucket

Imej 1: Paparan Asal Tool Sebelum DiUbah Google

Kebiasaannya saya menggunakan tool ini untuk mengenalpasti samada nilai katakunci tersebut High Paying Keywords (HPK) atau sebaliknya. Apa plak HPK tu? hohoho..Ini term yang selalu digunakan oleh penggiat Adsense. Keyword HPK ini mempunyai nilai kos CPC ( Cost Per Click) yang tinggi. Jika nilai CPC tinggi, insyaAllah penggiat Adsense akan mendapat hasil yang memuaskan dari klik terhasil. Pernah tak anda ( Jika anda penggiat Adsense ) mendapat 1 klik bersamaan USD$5 ? :-)

Keyword Tool External vs Keyword Tool

Apa bezanya ni? Kenapa letak “VS” ?. Ok, biar saya maklumkan. Jika anda perasan, di dalam akaun Adwords anda pihak Google juga menyediakan tool keyword. Tool tersebut lah yang menjadi asas kepada Keyword Tool External. Sebenarnya tool tersebut untuk pengiklan Adwords . Jika anda memiliki akaun Adwords, anda akan dapat lihat tool ini di bahagian ” Campaign Management”

Adwords Keyword Tool External

Imej 2: Campaign Management Dan Tool ( Paparan Dalam Adwords )

Tool ini sama aje dengan Keyword Tool External. Saya pernah membuat perbandingan dari beberapa aspek khas untuk mencari kelebihan setiap satu tool, dan saya dapati ada perbezaannya. Malangnya saya tidak dapat dedahkan kerana saya tidak ada bukti yang kuat untuk menyokong kenyataan saya nanti. Jangan risau, rasanya takde efek pun kalau anda semua tahu.

Dari Skala Ke Angka

Photobucket

Imej 2 : Paparan Muka Tool & Perubahan Dari Skala Ke Angka

Ini lah bab yang ingin saya nyatakan. Dulu Google hanya paparkan skala sahaja bagi memaparkan jumlah carian dan persaingan bagi sesuatu katakunci. Tetapi kini pihak Google telah mengubah dan menyediakan paparan dalam bentuk angka. Lagi mudah dan senang untuk para pengiklan, penggiat adsense dan lain-lain ( aje le ) menggunakan tool ini untuk mengkaji pasaran yang menguntungkan.

Bagaimana Menggunakan Tool Ini ?

Apa gunanya tahu aje perubahan oleh Google jika kita sendiri tak tahu menggunakannya kan? Jadi saya akan berkongsi kepada para pembaca terutamany yang telah pun tahu menggunakan tool ini supaya kita dapat berkongsi cara masing-masing. Baru le mantap nanti. Kepada yang belum pernah menggunakan tool ini atau rasa ragu-ragu bagaimana nak gunakannya, jangan risau kerana apa yang akan dikongsi nanti adalah penerangan ringkas yang pastinya mudah untuk difahami.

Saya tidak akan menulis cara bagaimana menggunakannya di dalam artikel ini. Alasannya artikel ini akan jadi terlalu panjang nanti.Hohoho..karang malas plak nak baca.. Betul tak?

Tags: ,

2 Responses to “Adwords Keyword Tool External : Dari Julat Ke Angka”

  1. iman Says:

    Salam….kenape semakin jarang menulis….say sentisa mengikuti diariadsense.com,blog ppc percuma and your diary…please keep up the good work bro!Takbir!Allahu akhbar… =)

  2. iman Says:

    aik?nape tak leh tgk website diariadsense.com?

Leave a Reply