Archive for July, 2008

Pembayaran Komisen JUN-JULAI 2008

Wednesday, July 30th, 2008

Salam hormat para pembaca semua,

Saya ingin mengumumkan bahawa pembayaran komisen kepada para agen yang mempromosikan dan membantu mendapatkan jualan Rahsia PPC Percuma akan dilakukan secara berperingkat mulai saat ini. Justeru perhatian kepada para agen, sila kemaskini butiran peribadi masing-masing terutama nama bank dan no akaun.

Untuk mendapat kepastian samada anda layak mendapat komisen, sila periksa akaun agen masing-masing

Link log in :

[+] http://www.ppcpercuma.com/agen2/index.php

Sekiranya anda terlupa password dan username untuk log in, sila hubungi saya dengan kadar segera. Saya akan cuba membantu para agen untuk mendapatkan kembali maklumat log in. Apa yang perlu anda maklumkan kepada saya ketika dihubungi ialah :

  • nama ( first name )
  • nama akhir ( last name )
  • atau maklumat-maklumat yang anda rasakan membantu saya utk mencarinya dari database

Untuk melihat maklumat keseluruhan berkaitan para agen yang layak mendapat komisen, boleh di lihat pada gambarajah di bawah.

Affiliate #
Of Sales
Earned
tawaran 3 30
sr 1 10
usahaniaga 1 10
smartzul 3 30
index 1 10
review 3 30
ebook 1 10
sr253 2 20
Total 240

Adwords Keyword Tool External : Dari Julat Ke Angka

Saturday, July 12th, 2008

Siapa yang faham tajuk yang saya tulis hari ni, sila angkat jari telunjuk kanan! :-p hehehe…Beberapa minit yang lalu ( banyak minit jugak le ), pihak Adwords ataupun Google Adwords telah menambahkan ciri terbaru yang dicari-cari ramai pengkaji niche di dalam tool Adwords mereka. Yupp…pasti ramai yang pernah mencuba atau menggunakan Adwords Keyword Tool External. Pernah kan? Kalau belum, tak mengapa…Sebabnya biar saya bagitahu dan ceritakan pada anda.

Apa itu Google Adwords : Keyword Tool External ?

Keyword Tool External ini ialah alat bantuan dalam mencari dan mengkaji niche pasaran. Kebiasaannya, seorang pengiklan perlu mengetahui kelebihan pasarannya sebelum melakukan sesuatu perniagaan di internet atau menjalankan promosi di Adwords. Dengan tool Adwords ini, si pengiklan berupaya mengenalpasti :

  • Katakunci ( masukkan katakunci utama, dan kita akan dapat lihat senarai katakunci yang dijanan dari asal yang digunakan pengiklan lain)
  • Skala persaingan ( Ini biasanya dipaparkan oleh skala “Competition”. Jadi pengiklan dapat le tahu jumlah persaingan yang wujud.
  • Skala carian ( Bab ini le yang saya nak ceritakan ). Google memaparkan skala carian bagi sesuatu katakunci berdasarkan rating 1-5 ( maaf jika salah ).

Photobucket

Imej 1: Paparan Asal Tool Sebelum DiUbah Google

Kebiasaannya saya menggunakan tool ini untuk mengenalpasti samada nilai katakunci tersebut High Paying Keywords (HPK) atau sebaliknya. Apa plak HPK tu? hohoho..Ini term yang selalu digunakan oleh penggiat Adsense. Keyword HPK ini mempunyai nilai kos CPC ( Cost Per Click) yang tinggi. Jika nilai CPC tinggi, insyaAllah penggiat Adsense akan mendapat hasil yang memuaskan dari klik terhasil. Pernah tak anda ( Jika anda penggiat Adsense ) mendapat 1 klik bersamaan USD$5 ? :-)

Keyword Tool External vs Keyword Tool

Apa bezanya ni? Kenapa letak “VS” ?. Ok, biar saya maklumkan. Jika anda perasan, di dalam akaun Adwords anda pihak Google juga menyediakan tool keyword. Tool tersebut lah yang menjadi asas kepada Keyword Tool External. Sebenarnya tool tersebut untuk pengiklan Adwords . Jika anda memiliki akaun Adwords, anda akan dapat lihat tool ini di bahagian ” Campaign Management” (more…)

Video Tutorial Memiliki Domain + Hosting Percuma

Saturday, July 5th, 2008

Di dalam artikel terdahulu ( rujuk artikel ini ” Sini Boleh Dapat Domain Percuma” ) , saya telah nyatakan cara mudah mendapatkan domain percuma dari pihak www.co.cc . Justeru saya telah siapkan video khas didalam versi bahasa buat para pembaca menonton supaya lebih mudah untuk difahami. Video di bawah hanyalah video tutorial mendapatkan domain percuma. Untuk video mendapatkan hosting percuma serta bagaimana menggabungkan domain dan hosting tersebut telah saya kemaskinikan di blog DiariAdsense (Nak Domain + Hosting Percuma??? )

Selamat menonton..Jangan lupa untuk tinggalkan komen membina dan pandangan bernas anda nanti..