artikel untuk topik berkaitan belum ditulis
2008 » June
-
Siapa Yang Terlebih Layak??? £ 30???By naem on June 11th, 2008 | 4 Comments
Salam buat semua…
Kini saya kembali mormal macam biasa.Saya dah semakin kurang sibuk…Hohoho..Nampaknya nak kena
bagi sibuk semula.Pada 31hb Mei yang lalu, saya telah nyatakan isi hati saya berkaitan masalah yang saya hadapi dari seorang customer. Tak sangka banyak juga respon dan info baru yang diberikan oleh para pengunjung blog Rahsia PPCPercuma..
Panjang sungguh para pembaca komen..
boleh jadi satu artikel untuk saya.Apapun, saya telah memilih 3 orang yang layak untuk memenangi kupon Adwords seperti yang saya janjikan.
Mereka ialah :
Hai Sdr. Naem,
Terima kasih krn. menjemput saya utk melawat blog sdr. Sangat bagus membuka bicara, terutama berkaitan dengan perniagaan produk kita sendiri.Macam-macam boleh berlaku. Kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sebelah customer sana. Kadang-kadang dia tidak ada install PDF dan juga Zip file di komputer mereka.
Dan kalau proses download melibatkan kedua-dua jenis file ini, sudah pasti menjadi panik kepada customer. Takut-takut terkena tipu. Duit dah longsai. Tapi tidak mengapa customer boleh contact customer service, bercerita apa yang telah berlaku.
Saya telah beli beberapa e-book di US dan juga di Malaysia, tidak pernah berlaku masalah semacam itu. Malah PPC Percuma sdr Naem pun saya beli. Tak timbul masalah.
Yang jadi masalahnya. Email letter yg menjemput saya membeli . Sedangkan buku telah pun saya beli. Sebenarnya ini adalah kerja autoresponder yg. kita setup terkeluar dari landasan pemikiran kita.
Sdr. Naem, kita orang Malaysia sangat bermurah hati. Orang meminta kita memberi. Kerana utk membina keyakinan pembeli. Kerana kita hendak berurusan selagi kita berada di Internet berniaga eBook atau macam-macam service lagi.
Kita sebenarnya boleh berhubung dengan customer melalui email dan kembarkan melalui attach file segala produk yg hendak di download itu.
Saya pasti kalau customer mahir berurusan dengan email dia boleh download bahan-bahan itu. Selesai masalah.
Kadang-kadang customer ini ada juga yg penipu. Dia telah download tapi dia kata tak boleh. Kadang-kadang ebook tidak mengikut selera pembeli, mulalah dia buat hal.Di alam offline pun macam-macam berlaku.
Nasihat! Sepatutnya sdr Naem jgn pulangkan wang itu. Berurusanlah melalui email dan kembarkan produk itu melalui attach file. Kalau tak berjaya juga sudah pasti komputer customer sudah condemn & kena hantar ke kedai service. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi
Satu lagi pihak customer
Camni naem. Bagi aku solution dia senang je. Ada betul gak apa mamat tu cakap.
ada orang tak tau apa langsung page download/landing page dan bermacam2 lagi istilah internet ni. Kita suruh klik..entah site mana dia pegi.
So, take it simple. Kalau ikut kes ko nih. Aku nak setel mudah je.
Aku bagi file ebook tu direct dalam email. Tak pelu kita bagi link download. Biasanya klu download dr link download yg kita berikan, memang kekadang problem. KLu dari yahoo, kita upload, sent by email yahoo. itu je cara aku paling selamat dan 100% customer akan dapat barang kita.
takpun, pakai je perkhidmatan ziddu atau rapidshare. Confirm dapat download. Kalau tak dapat gak, kita leh categorikan diorang adalah orang yg kurang berilmu tentang bab2 mendownload nih..(tapi klu download benda2 porn, 100% laju jer. Laki pempuan sama je..)
Tapi jika cara nih pun ko da pakai naem dan customer diatas still masih tak dapat wat apa-apa. Aku tak tau nak kata apala.
Satu lagi. Aku cadangkan sesiapa yg nak jual e-book. Jangan letak lagi 100% refund in 30 days or apa2 yg berkaitan dgn refund. kekadang, diorang pakai taktik cam gini je nk dapat ebook free.
Nak senang. Terus terang kat salesletter, NO REFUND. Itu trademark aku. Siapa yg pernah beli dgn aku baik luar atau dalam. Diorang tau aku takkan sediakan refund.
Satu lagi, aku rasa customer ko tu kurang sabar. Baru 2 kali suruh download sana sini, dah give up. Aku pernah deal lebih dari 10 kali berbalasan email atau berpuluhan sms semata2 nk terangkan camna nk download dan terangkan sket pasal produk. So, dalam situasi ini, buyer dan seller kene bersabar..
Tapi klu semua diatas tak makan saman gak. Aku bagi je raw file dalam notepad or word. Satu orang je, tak luak modal aku. Niat kita kan nak jual ilmu? Bagi je. Janji customer puas hati.
Customer always right. But seller also have decision to think if customer is right or not..
Ps: Sudahj. Aku dah merepek da ni. Sorry aa naem. Ni semua hanyalah kisah2 benar yg pernah berlaku sejak 2-3 tahun ini..
saya nak berkongsi 1 cerita. saya juga merupakan seorg IM sepenuh masa. apa yg saya tertarik di sini ialah 2 keyword iaitu 1. minta refund 2. money back guarantee
apa yg sdr naem ceritakan pernah saya alami dahulu dan pernah di alami oleh ramai rakan2 IM saya yg lain. kesimpulan yg dapat saya buat ialah wujudnya satu jenis ’sindiket’ (sesuai ke perkataan ni…huhuhu) yang mana mereka ini akan ‘menyerang’ website yg menawarkan produk dengan jaminan Money Back Guarantee.
Modus operandi mereka mudah saja. Mereka nak produk anda PERCUMA. beli anda emailkan link utk download, mereka akan download dan setelah itu mereka akan mula buat ‘kacau’ & memberikan pelbagai alasan supaya anda memulangkan kembali wang mereka.
Kebanyakan alasan mereka ialah Tidak boleh download, Fail tidak boleh dibuka dan sebagainya. Jika anda tidak layan permintaan mereka maka mereka akan mula bercakap lebih ‘kasar’ seperti ‘tak halalkan duit’, ‘nak heboh di semua forum’, ‘inilah org kita, menipu’…walhal hakikatnya merekalah ‘penipu’ & lebih meyedihkan apabila mereka berani mempermainkan nama Allah.
Saya pernah alami kes seperti ini beberapa kali & menariknya alasannya hampir sama. Mula2 saya juga buat ‘refund’ malas nak kecoh2. Tetapi bila 3x kasi yg hampir serupa, saya mula siasat.
Ada 1 pelanggan, beli & komplen tak boleh buka fail. sedangkan fail tersebut fail PDF. Saya tanya dia guna apa? dia kata Adobe Reader v7. Masalhnya bila nak buka ‘blocked’. Fail saya tersebut sebenarnya ‘open’ tidada protection malah ramai yg beli tiada masalah. So, saya suruh dia check Adobe Reader dia kot2 ada masalah ke…dia kata tiada, selama ni ok…tapi dia dah start sound suruh pulangkan duit pasal dia kata fail yg saya hantar itu bermasalah.
Saya suruh dia uninstall Adobe Reader & install semula, saya berikan link utk install version 8. Lepas 20 minit dia Ym saya semula, tak boleh juga. Di sini saya dah dapat merasakan bahawa dia ni penipu. Saya tanya dia pakai Windows apa? Windows XP katanya. So, jika mengikut logiknya, setelah install yg baru pasti tiada masalah lagi. Dia tetap kata masalah & still nak duit balik.
Saya ada menyimpan ebook tersebut di dlm format Words. Saya transferkan fail Wors tersebut kpd beliau sebagai alternatif.
Di sini terserlah ‘penipuan’ beliau apabila dia mengatakan bahawa fail Words saya tersebut pun tidak boleh di buka sedangkan apabila di tanya dia mengatakan bahawa dia menggunakan Microsoft Office 2000.
Logik ke kalau PDF tak boleh buka sekarang Words pun tak boleh buka.
Yang menariknya, semasa sesi perbualan kami dia asyik bertanyakan mengenai REFUND dan kerap diselitkan kata2 ugutan.
Last sekali saya tanya dia duduk mana? Jb katanya & kebetulan pula saya pun org JB so aya beri alternatif baru, saya jumpa dia atau dtg rumah dia & tolong selesaikan masalah dia.
Anda tahu apa dia jawab?….’saya tak kenal awak,mungkin awak ni perompak ke….jual ebook pun dah tak betul mcm mana saya nak kasi awak dtg rumah saya?….mungkin awak akan bawa member2 lain dtg pukul saya ke….’
wow….saya terperanjat tetapi secara automatiknya saya menangkap sesuatu di situ iaitu…..alasan demi alasan…..dan saya tahu beliau penipu.
Akhirnya saya buat keputusan utk ‘main jahat’ balik. Saya kata saya dah refund, saya alter slip pembayaran & scan kpd dia…huhuhu (buku bertenu ruas)….dia kata duit tak masuk lagi….saya cakap saya dah bayar balik….saya suruh dia call bank….dia kata bank cakap no such transfer….hampir 3 hari dia dok kejar saya pasal duit tu & saya beri alasan yg sama dan gunakan slip tadi sebagai bukti…
Dia suruh saya transfer sekali lagi…saya ikutkan….sya alter slip baru…huhuhuh….scan & email lg pd dia….3 ari lagi dia mengaruk…last2 dia kata nak report polis….& saya kata…itulah yg saya tunggu2…malah saya kata pd beliau segala bukti & transkrip perbualan dia & saya ada saya simpan & saya dengan rela hati sedia ke balai polis dan mungkin inilah saat2nya yg paling sesuai untuk saya bersemuka dengan ‘penjenayah siber’.
Saya cabar beliau buat laporan polis di Central JB malah saya tnggu dia di sana selama 2 jam.
Tak Muncul……….& senyap selepas itu…………..
Saya tidak mengatakan bahawa pelanggan sdra naem tersebut ialah ‘penipu’ tetapi saya cuma berkongsi kisah dan mungkin boleh dijadikan renungan oleh IM2 lain agar lebih berhati2 dgn ’sindiket’ ini.
Jika mereka beri alasan tidak boleh download & sebagainya…anda tolong mereka selesaikan on the spot…dan dari situ baru anda tahu mereka ‘penipu’ atau tidak….
Sekian. Terimakasih






