Dalam siri yang lepas, saya telah kongsikan apa yang saya faham tentang salah satu terminologi asas yang penting dalam program pengiklanan Pay Per Click. Untuk penulisan kali ini, saya fikir untuk mengubah tajuk artikel ini dan yang lepas menjadi satu tajuk yang bersiri.
Ramai yang bertanyakan saya “bagaimana nak memulakan kempen dalam PPC terutama Google Adwords? ” . Jalan mudah ialah dapatkan panduan rajaadwords. Hohoho…tapi kalau nak susah sikit, boleh aje ikut perkembangan blog ni. Ya, matlamat saya untuk jadikan blog ni adalah blog bahasa Malaysia yang membincangkan perkara berkaitan PPC terutama Google Adwords.
Perbincangan kali ini sedikit mendalam berbanding lepas. Salah satu perkara penting dan berkesan untuk mengiklan dalam Adwords dengan jayanya ialah membina senarai katakunci ( keywords ) dalam ad group yang berbeza. Jadi, seperti yang saya tekankan sebelum ni ( Please Login or Register to see the link. )iaitu memiliki katakunci yang sesuai akan menguntungkan pengiklanan si pengiklan. Justeru artikel kali ini akan lebih menjurus kepada strategi pemilihan katakunci yang sesuai.
Keyword Matching
Google Adwords menyediakan 4 pilihan untuk pengiklan memaksimakan impak kempennya. 4 pilihan katakunci tu ialah :
- broad matches
- phrase matches
- exact matches
- negative matches
Dari pilihan-pilihan ( strategi pemilihan katakunci ), pengiklan boleh memilih supaya dapat lebih fokus kepada sasaran pengiklanan, mengurangkan kos per klik ( kurang klik pada iklan secara semberono ), dan pastinya menghasilkan kadar pulangan yang menguntungkan ( setiap klik menghasilkan jualan/langganan/etc ).
Broad matches ni secara definisi mudah ialah katakunci yang digunakan secara umum. Iklan akan muncul berdasarkan katakunci yang dipilih secara umum. Secara default, memang pihak Google telah tetapkan pilihan ini. Contohnya ialah katakunci bagi “panduan adwords” . Iklan si pengiklan ni akan muncul di semua carian yang mengandungi 2 perkataan tadi. Saya telah mengambil satu contoh hidup untuk penerangan ini. Berdasarkan katakunci “panduan adwords” ( contoh ini mengandaikan si pengiklan menetapkan broad matches pada katkunci tersebut ), saya telah berjaya mendapatkan hasil seperti di bawah.
panduan adwords

Please 




