Logo Background RSS

Advertisement

Kenapa Harus MENIPU Saya?

  • Salam hormat para pembaca semua,

    Pada 25 Jun 2008 yang lalu, saya telah terima 3 butiran pembayaran bagi produk PPCPercuma. Syukur. Tanpa banyak soal, saya terus menghantar link download kerana saya percaya pada setiap transaksi oleh pembeli. Terutamanya jika makluman pembayaran diisi selengkapnya.

    pinjam gambarNamun, sesuatu yang tak menyedapkan hati saya apabila saya terpandang kali kedua pada rekod pembelian. Ternyata salah seorang dari pembeli telah menipu saya dengan memasukkan butiran palsu dan tidak lansung membuat pembayaran.

    Oleh kerana itu, saya menghantar emel untuk mendapatkan maklumbalas dari pembeli tersebut. Saya harapkan beliau membalas dan meberikan butiran lanjut mengenai cara pembayaran yang beliau lakukan.

    Malang…

    Beliau lansung tidak membalas emel saya malah telah mendaftar sebagai pembeli ebook di halaman pendaftaran pembelian. Ternyata beliau ingin melakukan penipuan dan saya amat kesal atas sikap beliau.

    Beliau telah menyusahkan saya dari segi :

    1. ketidakadilan terhadap pembeli lain ( orang lain bayar, dia plak dapat percuma )
    2. data agen PPCpercuma. Secara tidak lansung, beliau telah melakukan pembelian palsu dari link affiliate. Jadi komisen tipu telah dijana secara automatik

    Oleh itu, saya telah mem”block” ip address komputer beliau dari mengakses laman web ppcpercuma. Seperti yang saya maklumkan pada anda semua di dalam emel, butiran beliau adalah seperti berikut

    Details/Maklumat Info Pembeli (PPCPERCUMA.com - Main Web) - Affiliate [].
    nama Khairul
    emel Please Login or Register to see the link.
    notel 017-2751069
    bank Maybank
    bukti rekod urusan:deposit jumlah:rm30.00 tarikh:25/06/08 masa:11:38AM dari kepada tempat other a/c kl sentral 2 nombor akaun = 164258429225

    Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 6.0; en-US; rv:Please Login or Register to see the link.) Gecko/20080404 Firefox/Please Login or Register to see the link.
    Client IP = Please Login or Register to see the link.


    Dari butiran di atas, saya pasti beliau bernama Khairul dan emel tersebut adalah emel beliau. Cuma no telephone dan no akaun maybank adalah bertujuan untuk menipu. Saya juga cuba untuk menjejak IP address si Dia ini. Walaupn begitu, maklumatnya agak umum.

    Jika anda tahu, ingin berkongsi pandangan, nasihat atau sebagainya.Saya alu-alukannya. Nasihat saya untuk anda semua, berhati-hati la dengan manusia seperti ini.

    Mereka datang tanpa diundang, pergi pula menyusahkan orang” ..

    ps: imej di ambil dari anjingkita.com

21 Comments
  1. #1 pakar clickbank
    June 29th, 2008 at 1:02 pm

    Dunia ini memang ramai yang suka menipu,walaupun amount yang kecil sahaja ,kerana sikap orang yang beginilah ,kita harus selalu ambil perhatian yang sewajarnya,saya juga ada menjual ebook ,ini sebagai satu artikel yang memberi manfaat kepada saya ,thanks

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 fare4z
    June 29th, 2008 at 1:07 pm

    ohw,,memang kureng orang tuh.. No telefon yang diberi itu benar atau tidak??

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 abdfatah sedang belajar seo
    June 29th, 2008 at 1:07 pm

    seo ppc boleh ke?

    eh eh citer lain pulak…

    pandangan saya laa sepatutnya segala transaksi kita check terlebih dahulu. jangan main hentam sahaja nak hantar… kenapa mesti terlepas pandang sedangkan ia memerlukan maklumat pembelian yang sah. tatkala sudah disahkan baru laa kita tahu boleh hantar atau tidak…

    otomatik atau terpaksa tunggu 24 jam atau 48 jam… kecuali server yang bermasalah dan terpaksa menghubungi semula usahawan tersebut…

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 taukey
    June 29th, 2008 at 1:36 pm

    ada jugak manusia sebegitu. ish ish ish. hehehe. Yang parah sekali nanti adalah link affiliate tersebut. Sudah tentu affiliater tersebut merasa dia dah dapat menjual satu.

    Saya tak pernah mengalami perkara sedemikian rupa dan perkara ini telah mengajar saya byk perkara.

    Terima kasih atas perkongsian naem. Apa- apa pun byklah bersabar. Rasanya ramai orang blh memberikan cadangan utk atasi perkara ini.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Malik
    June 29th, 2008 at 1:48 pm

    aduh..manusia2..ada lagi manusia mcm ni..
    ni si melaung ni..ni saya dapat dari myspace profil die

    http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=293161705

    memang anak sial ni!menyusahkan org!

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Md Yakub
    June 29th, 2008 at 1:54 pm

    Assalamualaikum…….
    Saya amat terpanggil dengan tajuk ini. Apa yang saya kesalkan ialah industri perniagaan kita di internet telah dicemari dengan satu virus menipu. Sekiranya perkara ini Naem tidak memaparkan nama dan juga maklumat lain, saya rasa peniaga-peniaga lain juga turut terkena tempias seperti ini.

    Saya amat bangga dengan tindakan yang Naem lakukan terhadap orang seperti ini. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kerana dapat menyekatnya dari melakukan penipuan sekali lagi.

    Perkara terbaik adalah check balik setiap transaksi dan juga maklumat yang dihantar oleh pembeli sebelum menghantar produk Naem di masa akan datang.

    Md Yakub
    http://www.hotnusantara.com/klikjutawan.htm

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 ahliya
    June 29th, 2008 at 1:58 pm

    saya da tau da budak yang buat scam kat awak tu.kalau awak search email dia kat spokeo,awak siap boleh tgk gambar dia lagi.
    Ni,sya bagi link kat myspace dia.
    http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendID=293161705
    Hope this can help you.

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 naem
    June 29th, 2008 at 2:25 pm

    saya ada cuba cari si Dia melalui emel..tapi gagal..Tak sangka kalau guna myspace, cukup mudah…thanks…Boleh sama2 kita elak dari si pembeli ni selama-lamanya..

    ps: kalau dia beli bayar duit, jangan le elak plak ye.. :-)

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 Razif
    June 29th, 2008 at 2:49 pm

    Ish… nak menipu je kejanya…
    ape la…

    malu la weh…
    halal ke haram tue….?
    Pikir la sendiri beb…
    ko jawab la kat sana nanti…

    kena lak ilmu ppc tue guna satu hari…dah x berkat idup tue..
    nyesal pun dah x guna la bila mencuri… roh pun nanti terseksa dalam kubur… kalau dah ngaku lain citer… email je admin balik..!

    STOP!

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Mohamad
    June 29th, 2008 at 3:15 pm

    Inilah asam garam dunia perniagaan. Selagi namanya perniagaan kita tidak dapat lari dari pelbagai dugaan dan cabaran. Terimalah dugaan ini dengan rasa keinsafan dan penuh kesabaran. Semua itu dugaan dari ALLAH. Banyak hikmah yang tuan akan temui dari trajidi ini.

    Pandangan saya dari pengalaman perniagaan yang saya jalankan diluar sana. Baru saja menceburi dunia perniagaan (baru masuk tahun ke 12) dan dalam IT baru masuk bulan ke 12.

    Betapa hebatnya dunia perniagaan kerana itulah NABI amat menggalakan kita berniaga.

    Wassalam

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 roz
    June 29th, 2008 at 3:34 pm

    Ceh..pencuri dan penipu durjana…x senang idup nanti..

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 safiudinadvis
    June 29th, 2008 at 3:35 pm

    saya tak pasti niat ‘dia’ memperlakukan sdr begitu. tapi perkara begini elok ‘dia’ hentikan. tak berkat menipu. Allah bersama sdr.

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 sam
    June 30th, 2008 at 12:27 am

    Memang ramai yg buat kerja macam tu.. itulah lumrah apabila bisnes di internet..

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 shafie
    June 30th, 2008 at 1:28 am

    Assalamualaikum,

    Naem kena lebih berhati-hati pada masa hadapan. Kena semak dengan teliti sebelum melakukan sesuatu. Yang paling ketara sekali nama pembeli mestilah lengkap tidak seperti si ” Khairul ” tu. Kemudian cuba buat miss call untuk pastikan nombor telefon yang diberikan berfungsi atau sebaiknya semak siapa pemunyanya.

    Didoakan agar Naem terus sukses.

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 Yuri
    June 30th, 2008 at 4:16 am

    Salam sejahtera sekalian,

    Sememangnya suspect yang awak tunjukkan di atas ada cuba membuat penipuan pembelian di laman web saya. Die menggunakan ciri-ciri transaksi yang sama. cuma NO. tefon je lain. Nasib baik saya gunakan current akaun untuk semua jenis pembayaran bank.

    Masalah macam ini memang serius dan saya ada beberapa cadangan untuk di kongsikan.

    1. Gunakan ‘Current Accaunt’ untuk semua jenis pembayaran bank. Terutamanya Maybank. Ini kerana jika kita perhatikan Maklumat Saving Akaun maybank. Kita hanya dapat melihat butiran amaun Debit/credit dan juga tarikh sahaja.
    Maklumat lain yang penting spt Masa transaksi & nama pembayaran tidak tertera.
    Jika kita gunakan current akaun, Semua maklumat transaksi yang di paparkan di dalam online statment. jadi kita boleh trace samada pembayaran dari pelanggan palsu atau tidak.
    Cimb bank adalah yang terbaik kerana segala transaksi Keluar/masuk duit di paparkan butiran seperti nama, masa dan tarikh walaupun anda menggunakan saving akaun sahaja.
    Jadi saya cadangkan buka current akaun untuk MAYBANK shj untuk menyelamatkan anda.

    2. Wajibkan URL Myspace/freindster di dalam borang pembayaran.
    Dengar macam lawak kan.. tapi sebenarnya efektif. saya rase tak jadi masalah sebab 90% pelayar internet kat malaysia msti ada myspace/freindster.

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 fare4z
    June 30th, 2008 at 11:47 am

    satu lagi cadangan,,,

    selepas butiran itu dimasukkan,,try call orang tuh,,tanya namanya siapa??

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 seopower
    June 30th, 2008 at 1:06 pm

    kuang hajor punya mangkuk ayun bender camni pun nak curik ilmu tuuh,
    naem pun satu tak cek dullu………..

    takper lah naem jadikan pengajaran dan sesiapa yang mendapat ebook pree yang tak sah tuh baik ko mintak maaf dan pulangkan duit ebook tuh kalotak memang tak pandai2lah ko ngan ilimu ppc niih

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 titan
    June 30th, 2008 at 3:16 pm

    ko pura2 ngorat diorang. Pastu serkap la jarang. Susah sangat. Ko tak halalkkan aje..

    Post ReplyPost Reply
  19. #19 jack sparo
    July 1st, 2008 at 9:29 am

    assalamualaikum,
    naem,sungguh malang nasib anda.mungkin bukan rezeki anda.(mungkin nak dapat rezeki yang lagi banyak tu).saya cadangkan minta lah pada
    orang tu duit bayaran secara baik.kalau tak dapat,dia pun tahu akibatnya.saya yakin dia seorang islam.itulah,terkadang kita sibuk dengan kerja sampai terlalai dan tak perasan apa yang patut.tak boleh salahkan orang dulu,salahkan diri dulu.lagi satu nak pesan,jangan la kutuk dan maki hamun sampai mcm tu.malu.ni internet,1 malaysia baca.kita ni orang melayu,penuh dengan adab dan budi bahasa.minta maaf ya naem kalau terkasar bahasa.
    selamat maju jaya.

    Post ReplyPost Reply
  20. #20 pakteh
    July 4th, 2008 at 4:26 am

    Sentiasa berhati-hati dan waspada.
    Memang sakit hati jika terkena. jadikan ia pengajaran supaya ia tidak berlaku lagi di masa akan datang.

    Post ReplyPost Reply
  21. #21 sham
    July 7th, 2008 at 6:20 am

    Ala..biasa la benda mcm ni….Jangan sampai benda ni macm mengangu mental naem..

    Tips saya:
    1.Delete akaun affiliate dia.
    2.Delete order dia.
    3.Delete daripada ingatan anda.
    4.Stay fokus!

    Saya ada beratus yang isi form tapi tak bayar sejak 2006. Jangan fikir sampai nak pecah kepala dengan gologan sebegini.

    block ip saya hanya akan buat apabila 2,3 kali orang sama buat..lagi ia bukan penyelesaiannya sebab streamyx adalah dynamic ip..ia akan berubah setiap kali kita login..

    Mendedah orang secara terbuka mcm ni jugak agak tidak pro.. maybe dia buat salah.

    Ada kemungkinan juga dia tak tau mcmana nak beli di internet. jadi kita kena guide skit.

    Kita kena ingat,bila sorang cakap buruk..kita hilang at least 10 bakal prospek..

    Jadi,hati hati juga bila buat kenyataan.

    p/s:Dia pun ada gak isi semua order form saya daripada 5 laman web saya. :). Tindakan saya,saya berukan link download panduan beli online.. Ia mungkin akan membantu dia. Ia secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang pro dimana orang tersebut.

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment