Terminologi Asas Dalam PPC
-
Mengiklan dalam kempen pengiklanan Pay Per Click ( PPC ) bukan semudah yang disangka dan tak sesusah yang dijangka. Asalkan ada hati dan keinginan untuk belajar dan praktis, segalanya akan berjalan lancar dan berjaya di akhir usaha.
Kali ni, PPCPercuma dot com ingin berkongsi dengan semua para pembaca berkaitan terminologi asas yang penting dalam pengiklanan PPC. Yup…yang asas aje le. Yang advance2 tu belum sampai tahap saya lagi. Apapun, semua pengiklan harus menguasai dan memahami terminologi asas ini terlebih dahulu jika tidak kepingin hilang duit tanpa hasil didalam pengiklanan PPC.
Teruskan bacaan anda semua dengan penerangan ringkas dari saya di bawah :
Keyword ( KataKunci )
KataKunci adalah perkataan yang digunakan oleh para pengguna internet untuk membuat carian di internet. Kumpulan katakunci yang dipilih pengiklan pula bertujuan untuk mensasarkan kumpulan pengguna tertentu yang berpotensi membeli di internet.Kumpulan katakunci tersebut lazimnya akan digabungkan di bawah satu ad group. Saranan dari sesetengah pengiklan ( advertiser ) Adwords ialah gunakan 25 katakunci sahaja untuk satu ad group.
Contoh:
Carian di dalam “screenshot” tersebut menggunakan katakunci “pendapatan online“. Hasilnya iklan-iklan di dalam Adwords terutamanya yang menggunakan katakunci tersebut akan terpapar.
Setiap baris iklan yang terpapar di “ranking”kan atas beberapa faktor lain yang akan dibincangkan kemudian. Secara kasarnya gambaran mudah khas untuk menerangkan Ad Group dan kumpulan katakunci seperti di rajah bawah

Berdasarkan rajah di atas, kelaziman pengiklan PPC ialah membina satu kempen pengiklanan dengan 2 atau lebih ad group. Setiap ad group tersebut akan mempunyai baris iklan dan kumpulan katakunci tersendiri. Hal ini mudah untuk membuat perbandingan berdasarkan prestasi pelbagai kempen. Sukar jugak nak menerangkannya.
Saya cuba ringkaskan secara “point” dan contoh :
- Bina kempen ( Contoh promosi Rahsia 10K )
- Bina 2 ad group bagi kempen tersebut
- Ad Group 1
- Katakunci utama ialah “pendapatan online”
- Baris iklan turut menggunakan katakunci tersebut
- kumpul dan pelbagaikan katakunci yang berkaitan “pendapatan online” sehingga 25 katakunci.
- Contoh katakunci lain yang berkaitan, “jana pendapatan online”, “cari pendapatan online”, “pendapatan online internet”
- Ad Group 2
- Katakunci utama ialah “rahsia 10k”
- Baris iklan turut menggunakan katakunci tersebut
- kumpul dan pelbagaikan katakunci yang berkaitan “rahsia 10k” sehingga 25 katakunci.
- Contoh katakunci lain yang berkaitan, “rahsia 10ribu”, “rahsia income 10k”, “ebook rahsia 10k”
- Ad Group 1
- Setiap ad group tersebut akan memudahkan pengiklan untuk memantau prestasi dan katakunci yang menguntungkan.
Oleh itu, memilih katakunci yang berkenaan dan relevan dengan apa yang ingin diiklankan akan meningkatkan CTR yang baik dan menukarkan kumpulan sasaran ( pengunjung ) kepada pembeli.
Untuk terminologi seterusnya, saya akan sambung dalam siri akan datang.. Ok…nak rehat dulu..







June 26th, 2008 at 2:38 am
Hi Sdr Naem,
Bagus juga saudara Naem membuka bicara ttg pengiklanan PPC Keywords Matching & Broad Matches. Saya agak keliru ttg -ve keyword.
Sebenarnya payah nak terang apa maksud saya.
Saya dah ikut di google tapi tak faham-faham ttg negatif keyword ini.
Tolong sdr Naem beri sedikit panduan tentang ini. Atau tunjukkan di mana saya boleh buat rujukan.Sekian, terima kasih.
June 26th, 2008 at 11:38 pm
insyaAllah..saya berada dikampung sekarang.Talian internet kurang memuaskan.Nanti balik saya akan post kan artikel seterusnya berkaitan keyword ni…BHG yang belum saya sentuh lg ialah phrase, exact,negative keyword..