Archive for June, 2008

Kenapa Harus MENIPU Saya?

Sunday, June 29th, 2008

Salam hormat para pembaca semua,

Pada 25 Jun 2008 yang lalu, saya telah terima 3 butiran pembayaran bagi produk PPCPercuma. Syukur. Tanpa banyak soal, saya terus menghantar link download kerana saya percaya pada setiap transaksi oleh pembeli. Terutamanya jika makluman pembayaran diisi selengkapnya.

pinjam gambarNamun, sesuatu yang tak menyedapkan hati saya apabila saya terpandang kali kedua pada rekod pembelian. Ternyata salah seorang dari pembeli telah menipu saya dengan memasukkan butiran palsu dan tidak lansung membuat pembayaran.

Oleh kerana itu, saya menghantar emel untuk mendapatkan maklumbalas dari pembeli tersebut. Saya harapkan beliau membalas dan meberikan butiran lanjut mengenai cara pembayaran yang beliau lakukan.

Malang…

Beliau lansung tidak membalas emel saya malah telah mendaftar sebagai pembeli ebook di halaman pendaftaran pembelian. Ternyata beliau ingin melakukan penipuan dan saya amat kesal atas sikap beliau.

Beliau telah menyusahkan saya dari segi : (more…)

Link Video Tutorial Siap Pulih

Wednesday, June 25th, 2008

Dalam artikel yang lepas, saya telah kongsikan satu cara yang pastinya berguna. Terutamanya bagi yang masih belum mempunyai hosting dan domain sendiri. Cara nya cukup mudag. Tak sesusah nak memungut kutu kat rambut Raja Monyet ( The Forbidden Kingdom )…hohoho.

Untuk para pembaca yang masih belum lagi mempunyai domain, rujuk artikel ” Sini Boleh Dapat Domain Percuma” ini atau terus mendaftar domain anda sendiri. Klik aje link di bawah. Ooo..best sebab boleh daftar sehingga 3 domain secara percuma tau..

CO.CC:Free Domain

Seperti yang tertera di kaca televisyen anda monitor anda, saya nak umumkan kenaikan harga minyak lintah tapa link download video tutorial memiliki domain+ hosting percuma telah dibaik pulih. Ya..video yang memaparkan langkah demi langkah dan kelunakan suara saya telah siap di upload. (more…)

Sini Boleh Dapat DOMAIN Percuma!!!

Sunday, June 22nd, 2008

Salam hormat para pembaca,

Ini berita istimewa untuk anda. Saya yakin tak semua orang tahu tentang hal ni. Mujur saya kodek-kodek Google untuk ujikaji saya “Rahsia Jana RM31,500 Dalam 8 Hari Tanpa Modal SESEN” dan terjumpa hal ini. ( hype sungguh tajuk ujikaji tu..hohoho )

Apa yang saya nak kongsikan bukan berkaitan blogspot, wordpress.com mahupun blogmas.com. Saya sendiri terkejut dan hairan kenapa jarang orang hebohkan berita ni.

Seperti yang saya maklumkan dalam Ebook Rahsia PPCPercuma, teknik ke 4 memerlukan anda memiliki domain sendiri dan emel domain untuk pastikan teknik tersebut berjaya. Cara mudah ialah anda terpaksa membeli domain dan hosting untuk memiliki emel atas domain sendiri. Berapa pulak harganya ?

Domain : RM 30 ( lebih kurang )
Hosting : RM 20 - RM60 ( lebih kurang jugak le )
Jumlah Kos : RM 60 setahun

Ohohoho…Berbaloi ke untuk belanjakan RM60 hanya 1 tujuan sahaja? Itu buatkan saya terfikir berkali- kali. Saya pasti ramai yang seboleh-bolehnya ingin kurangkan kos.

Akhirnya saya terjumpa satu website yang menyediakan domain percuma untuk kita semua. Ya, domain dan jugak Domain Name Server ( Percuma ). Website yang saya maksudkan ialah www.co.cc. Laman web ini menyediakan anda peluang untuk memiliki domain sendiri sehingga 3 domain. Percuma…itu yang penting..Hohoho (more…)