Logo Background RSS

Advertisement

7 Kesilapan UTAMA Pengiklan PPC - Siri 2

  • Salam hormat buat semua,

    Dalam artikel “Please Login or Register to see the link.” lepas, saya telah nyatakan perkara pertama yang selalu dihadapi oleh pengiklan PPC seperti saya ( orang baru ). Sebab terlalu ghairah dengan kejayaan orang lain ( bukan ghairah lain tau ) dalam PPC, ramai newbie yang terburu-buru terus terjun ke dalam dunia pengiklanan Pay Per Click.

    Nampak bagus. Tapiii…….Sengsara jika tak kena pada strategi.

    Justeru sebelum terjun dalam kolam, ukur dulu kedalaman. Hohoho…tak semua terus pandai berenang. Macam tu jugak le dalam Dunia PPC online. Lihat, ukur dan fahami apa yang akan dilakukan,sedang dilakukan dan akan dilakukan.

    Di dalam artikel siri kedua ini, saya akan kongsikan siri lanjutan kesilapan pengiklan PPC macam saya. Tahu tak apa yang silapnya ?

    TIDAK MENGKAJI PASARAN

    Yup…mengkaji pasaran adalah antara perkara utama dalam dunia pengiklanan online. Tanpa mempunyai kefahaman tentang pasaran masing-masing, ramai yang akan kecewa. Terburu-buru. Jika anda perasan, Adwords contohnya telah pun menyediakan tool untuk semua pengiklannya mengoptimakan hasil dengan mengiklan dalam pasaran yang spesifik, smart, dan menguntungkan.

    Tak percaya ?

    Please Login or Register to see the link.Habis tu apa guna “Google Ads Placement”, Content Network, Search Network. Apa yang lebih menarik, sebahagian PPC ada menyediakan tool untuk pengiklan menentukan iklannya sesuai dengan lokasi, umur, pendapatan si pengguna internet. Nampak tak betapa peri pentingnya PASARAN YANG SPESIFIK.

    Opppss… nampak macam saya dah terlepas satu point penting. Ramai yang agak kabur tentang bagaimana mendapatkan pasaran yang menguntungkan. Oucchhh..saya sendiri pun tak tahu yang mana satu. Adakah menjual barangan wanita? atau menjual ebook kepada orang-orang yang gila nak buat duit ? Itu semua tak semestinya menguntungkan. Yang penting ialah PERMINTAAN adalah LEBIH BESAR dari PENAWARAN. Meminta tanpa membeli pun tiada guna. Jadi…pada fikiran saya, yang terbaik ialah kita semua mengkaji pasaran sedia ada dan jadikan ia UNIK. Pasaran unik tentu ada.

    Erm…saya bukan pakar dalam bidang mengkaji pasaran. Jadi apa yang saya tulis di atas boleh dipertikaikan. Apapun kesimpulan bagi artikel kali ini ialah KENALPASTI dan KAJI PASARAN terlebih dahulu.

    Tips: Biasanya para usahawan internet terkenal yang jual ebook online dah tahu pasaran mereka. Manipulasi pasaran mereka dan cipta produk anda untuk memenuhi pasaran tersebut. Contoh nyata ialah Ebook Panduan Adwords oleh en Sham. Saya faham produk beliau ada pasaran tersendiri dan saya harus penuhi pasaran tersebut ( tulis ebook pasal rahsia mengurangkan kos PPC ) tanpa perlu bersaing dengan beliau ( pemilik asal ). Jadi, anda pun tentu boleh.

    p.s: Nampaknya ramai lagi yang belum mendapatkan ebook Rahsia PPC Percuma. Saya tak pasti kenapa ramai yang enggan mendapatkan ebook ini walaupun harganya tak lah terlalu mahal. Mungkin kena naikkan harga lagi kot? Dah dapatkannya? Kalau tak, cepat dapatkannya Please Login or Register to see the link.

    p.s.s.: Usaha menyiapkan Kamus PPC Percuma sedang giat diusahakan. Nantikan dengan penuh kesabaran ye.

  1. #1 hairrul
    May 17th, 2008 at 1:43 am

    dah banyak saya cuba tapi bila dah beli or join macam2 step yg kena buat ,masalahnya kita org baru,memanglah berusaha tapi kebanyakan memang kabur.

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 naem
    May 17th, 2008 at 5:00 am

    semua orang bermula dari bawah…bermula dari kekaburan..Itu normal..

    takde orang yang terus berjaya dengan satu step.. fikirkan..itu satu kenyataan dan hakikat.

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 khai
    May 17th, 2008 at 12:53 pm

    sebenarnya semua medium pemasaran adalah sama sahaja dan memerlukan penelitian untuk berjaya. tak semestinya kita menyertai banyak medium pemasaran maka kita boleh berjaya dalam IM. itu tanggapan salah. Rata-rata menumpukan hanya satu medium pemasaran adalah sangat efektif. contohnya PPC.. :-)

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 titan
    May 17th, 2008 at 1:31 pm

    Kalau nak makan buah durian. Ada 2 cara. 1 kita tanama sendiri. Dah berbuah kita mkaan. Satu lagi cara, kita beli kat kedai. Mana yang paling manis rasanya?

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 naem
    May 17th, 2008 at 3:56 pm

    Kalau nak makan buah durian. Ada 2 cara. 1 kita tanama sendiri. Dah berbuah kita mkaan. Satu lagi cara, kita beli kat kedai. Mana yang paling manis rasanya?

    tinggi kiasan..saya pun tak faham..hoho

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 putera123
    May 17th, 2008 at 6:26 pm

    rasenye kalu wat jadi dodoi durian lagi sedap kot..hahahah..btoi x titan?hehehe

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment