Logo Background RSS

Advertisement

7 Kesilapan UTAMA Pengiklan PPC - Siri 1

  • Beberapa hari sudah, saya ada menerima pelbagai emel dari para pembeli Ebook Rahsia PPC Percuma… Apa lagi, terus aje saya buka dan baca. Semangat muda le katakan… :-)

    Kebanyakan emel yang ditulis berkisarkan persoalan asas berkaitan PPC ( Pay Per Click ). Puas jugak saya nak menjawab. Kepakaran saya bukan le PPC. Sebab saya masih lagi mencari, mencuba dan memilih apa yang terbaik untuk kejayaan saya. Oh ya!, pasti untuk dikongsi dengan anda semua juga nanti.

    Berkaitan persoalan asas PPC, dengan izin tuhan saya akan bincangkan segalanya berkaitan asas PPC dalam blog ini.

    Please Login or Register to see the link.Tahukah anda, Kesilapan UTAMA pengiklan PPC ialah mereka TIDAK MEMAHAMI TERM YANG DIGUNAKAN DALAM PROGRAM PPC. Ya…memang betul sekali. Inilah masalah utama mereka. Ia juga masalah utama saya ketika mula ingin menjalankan kempen pengiklanan di PPC. Ye ke , betul tak?

    Ok, setelah kita kenal apa kesalahan pertama. Kita harus segera bertindak menyelesaikan masalah ini. Betul kan? So apa penyelesaiannya? Hohoho…Jawapan mudah ialah mencarinya di Google. Memang mudah sungguh jawapan ni. Sesaper pun rasa nak lempang saya kalau itu la jawapan saya. Hehehe

    Sebenarnya saya telah menulis beberapa TERM asas dalam ebook Rahsia PPC Percuma untuk para pembeli saya memahaminya. Tapi masih ada yang belum faham jugak..Rasanya tak lengkap kot…

    Jadi, apa kata saya sediakan khas untuk para pembaca blog ini satu ebook PERCUMA berkaitan Kamus PPC Edisi BAHASA…Amacam? Menarik tak? Hurmmm..kalau PERCUMA, memang dah tentu menarik kan?

    Apa pandangan anda ? Patut ke saya menjual jugak KAMUS tersebut? ataupun edarkannya PERCUMA?

    Bantu saya segera ye. Jangan malu segan untuk membantu saya dengan poll di bawah. Pilih yang terbaik dan klik. Oh satu lagi, saya rindu nak baca tulisan anda semua. Apa kata tuliskan komen skit di ruangan komen..Hohoho…baru le boleh beramah mesra skit.. ;-)

    Ebook Kamus Asas PPC, apa kata anda :

    • Bagi PERCUMA (47%, 15 Votes)
    • Khas utk SUBSCRIBER aje (44%, 14 Votes)
    • Jual ler (6%, 2 Votes)
    • Tak yah buat (3%, 1 Votes)
    • Buat RR, MRR ke, takpun PLR (0%, 0 Votes)

    Total Voters: 32

    Loading ... Loading ...

    Itu sahaja untuk kali ini. Terima kasih ye sudi membaca.

    p.s: Nampaknya ramai lagi yang belum mendapatkan ebook Rahsia PPC Percuma. Saya tak pasti kenapa ramai yang enggan mendapatkan ebook ini walaupun harganya tak lah terlalu mahal. Mungkin kena naikkan harga lagi kot? Dah dapatkannya? Kalau tak, cepat dapatkannya Please Login or Register to see the link.

12 Comments
  1. #1 taukey
    May 15th, 2008 at 2:17 am

    hmmm….nak undi pun tak tau mana satu nak letak…hehehe…sebab saya sendiri pun tgh konfius gak….kalau ada kamus tersebut, bagi saya adalah lebih baik letak dalam bonus produk PPC Percuma….

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 oktant
    May 15th, 2008 at 2:38 am

    Salam,

    Pada pandangan saya, kamus tu sebaiknya
    diberi percuma kepada semua pembeli ebook
    PPC Percuma:)

    Kepada yang tak beli ebook tu, anda boleh
    menjual kepada mereka yang berminat shj.

    Sekian.

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Fauzi
    May 15th, 2008 at 5:44 am

    Hai Sdr. Naem,

    Buatlah buku itu sebagai optin page. Dapatkan list banyak-banyak. Kemudian buat produk bagaimana hendak buat iklan PPC. Kaedah utk buat iklan satu persatu. Bagaimana nak guna ‘keyword targeted’ dan satu lagi ‘placement targeted’. Sebagai permulaan laksana dulu iklan cara ‘keyword targeted’. dan yang amat penting sekali tunjukkan cara mendapat bayaran 1 click yang termurah sekali. Ini yang saya sendiri tak tahu. Yang penting sekali ada penjelasan dari google yang menyatakan ‘Great’.

    Kalau Sdr. Naem ada ilmu sebegini boleh juga berkongsi dengan saya. Atau kalau ada dijual di mana-mana boleh juga suggest. Dalam B.I pun tidak mengapa.

    Ini produk affiliate melalui getGoogleAdsFree yg saya join Clickbank. Produk iklannya saya dah baca. Tapi mahal sangat kena bayar untuk iklan, jika mahu bayaran 1 klik yang termurah atau tak kena bayar langsung. Betul ke ni. Kepada sesiapa yg berminat sila copy URL ini dan paste di Browser anda ‘Enter’ dan baca produk yang di tawarkan. Dapatkan pelbagai ilmu sebanyak mungkin. Harap ada yang berkongsi idea di sini. Sekian.

    http://SecretDoor.GetGoogleAdsFree.com/2uclkbfs4u/

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 XploR
    May 15th, 2008 at 6:20 am

    Tambah satu pilihan di borang undian:
    >bonus kepada pembeli PPC

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 naem
    May 15th, 2008 at 8:35 am

    * semestinya bonus untuk pembeli Rahsia PPC…hehehe

    Macam tak ramai aje yang beri response

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Sab
    May 15th, 2008 at 10:06 am

    Saya setuju dengan pendapat yang menyarankan agar kamus ini diberi percuma hanya untuk pembeli PPC Percuma sahaja. Bukannya kedekut tapi berbaloilah sikit idea En. Naim tu… Lagipun bukannya mudah nak membuat e-book especially saje suke-suke untuk di beri kpd semua. mungkin untuk umum, en. Naim hanya memberi ringkasan e-book tersebut sahaja untuk tatapan mereka dan sekiranya mereka berminat mereka bolehlah mendapatkannya dengan menjadi subscriber atau membeli e-book PPC percuma. Kira jadikan ia bonus utk pembeli PPC Percuma.

    Anyway.. bagus idea PPC Percuma tu…. terima kasih kerana berkongsi. Semoga en. Naim semakin success selepas ini.

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 idans
    May 15th, 2008 at 10:41 am

    saya setuju beri kamus percuma pada pembeli Rahsia PPC.. saya pn bnyk xpham lg.. maklumlh baru nk berjinak..

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Azlan Ali
    May 15th, 2008 at 12:28 pm

    As`kum saudara Naem,

    Saya fikir ini adalah peluang utk saudara Naem utk tambah pelanggan / mailing list saudara. Sudah pasti ramai yg subscribe kalau saudara bagi percuma. Bila dah ramai nanti senang buat sell/promosi :)

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 azmi hamid
    May 15th, 2008 at 3:01 pm

    saya pun ingat begitu apa salahnys kalau boleh bagi percuma saja ebook tu.Atau jual dengan harga berpatutan dengan ilmu yang terkandung.

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 samdaddycool
    May 15th, 2008 at 4:50 pm

    … betul tu, kena wat option percuma kepada pembeli ppc percuma

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Muhamaad Faiz
    May 16th, 2008 at 3:29 am

    Assalamualaikum…hm, patut bagi percuma sebab ramai yang kurang memahaminya.jika jual gak kamu gak yang rugi.buat penat2 x ada orang nak beli sebab orang yang terawal beli dah beri komen yang x sedap di dngr. jgn putus asa. cuba lagi sebab setiap kegagalan x bermakna kamu gagal selamanya.gd luck.

    http://mujahid2020.blogspot.com

    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: PPCPercuma dot Com » Blog Archive » 7 Kesilapan UTAMA Pengiklan PPC - Siri 2 Trackbacks
  • Leave a Comment