Archive for May, 2008

Betul Ke “Customer Is Always Right” ?

Saturday, May 31st, 2008

Hoho… Saya masih lagi dalam kursus. Baru aje bangun dari tidur. Letih skit.

Lama jugak saya terpaksa sunyikan blog ni. Dalam artikel ni, saya cuma nak kongsikan sedikit situasi ( jarang-jarang berlaku ) dalam dunia keusahawanan. Tapi pasti akan berlaku punya…hohoho

Beberapa hari yang lepas, saya ada dapat pembayaran dari seorang customer. Thanks Allah… bertambah rezeki. Selang beberapa hari kemudian, si pembeli tersebut mengadu yang beliau GAGAL untuk mendownload sebarang file dari laman web. Oooohh…pelik..hairan jugak saya. Lazimnya masalah macam ni hanya berlaku kalau TAKDE INTERNET CONNECTION aje…hurmmm…

Ok takpe la..maybe ada masalah lain. Si Pembeli tu maklumkan yang dia TAK TAU NAK DOWNLOAD LANGSUNG …Saya suruh klik aje link download tu, masalah lain pulak dah…Dia kata link tu suruh minta dia LOG IN..haaa…plak dah…Tak pernah pun saya letakkan apa-apa link untuk log in ketika download. Si pembeli ni juga turut minta saya check akaun adwords beliau..Macam karenah pelanggan ni.
customer is always right

Akhirnya saya maklumkan pada si pembeli ni. Ayatnya macam di bawah :

“dalam masa terdekat ni, saya tak dapat nak bantu…bagi masa pada saya ye..ttg ebook tu, klik aje..takde pun disuruh log in…klikdan tunggu…automatik akan log in”

Ntah le ayat ni bunyinya ok atau tak…Jawapannya plak…Huh!!! bukan main sombong..

tak pe lah..Sape yang Gagal?? Sape Yang Berjaya Bro?? kalau u tak leh nak tolong i its ok..i pun tak leh nak download & tak berminat lagi nak baca u punye e-book….i nak minta refund RM30 balik (memandangkan dalam website u mention boleh refund)..so please refund via my co. account:

Maybank - 5******************

Name - N****** H*********

emailkan bank slip k..Oh ye bro..

Kejayaan bisnes i selama ni ape tau..I guna pepatah:

WORK SMART..DONT WORK HARD..

Hohoho…tak yah pun nak maklumkan pada saya yang SIRI PETUA KEJAYAAN dia…Hohoho. “Orang Gila Takkan Mengaku Dia Gila ” :-) (more…)

Khabar Dari Penulis

Monday, May 26th, 2008

Salam hormat semua,

Hampir 10 hari rasanya tak menulis di sini. Maafkan saya. Kebelakangan ini saya sedikit sibuk melayan kerenah pelanggan baru dari forum digital point ( [WTS] USD$5 for Adwords Vouchers £30 ). Hoho..Saya mula menjual kupon Adwords di sana. ;) Kalau anda berminat, boleh aje hubungi saya untuk dapatkan kupon adwords bernilai RM186 serendah RM15.

Selain itu, saya juga sibuk dengan projek mengemaskini dan menambah bahan dalam pakej Rahsia PPC Percuma sedia ada. Hohoho..So, nanti banyak le produk yang akan ditambah. Apapun bukan untuk masa terdekat ni. Sebabnya saya masih lagi terikat dengan kursus. Nampak gaya lambat skit la nak di siapkan.

Erm…nak tulis apa lagi ye? Ntah la..InsyaAllah saya akan kembali semula dalam masa terdekat. Buat masa ni, saya perlu susun semula tugasan dan sesuaikan dan perancangan saya bagi tahun 2008. Banyak perkara yang nak dibuat, tapi pastikan “yang dikejar tak dapat,yang dikendong berkeciciran”.

Semoga Sukses Selalu.

ps: kepada para pembeli PPCPercuma, sila ajukan sebarang persoalan ataupun permasalahan di ruangan forum yang disediakan. :-)

TAWARAN ISTIMEWA!!! EBook PPCPERCUMA pada Harga Murah

Tuesday, May 20th, 2008

Salam hormat semua,

Artikel siri kesilapan pengiklan ppc ditangguhkan sekejap untuk memberi laluan kepada mesej ini.

Para pembaca budiman,

Maafkan saya jika anda semua telah pun mendapatkan ebook RAHSIA PPCPERCUMA sebelum ini. Sebenarnya emel ini saya tujukan khas kepada sesiapa sahaja yang masih belum terfikir untuk mendapatkan ebook Rahsia PPCPERCUMA.

Jika anda telah membeli, tak perlu fikir panjang2. Terus dapatkan sesuatu yang percuma dari saya disini. Hoho. bonus tambahan semasa dari saya.

doing business with paypal

[ gunakan password yang diberikan dan kunjungi forum, lihat pada bahagian DOWNLOAD TAMBAHAN ]

Oh ya, jika anda masih belum lagi membeli. Saya nak maklumkan sesuatu yang pasti menggembirakan . Tahu tak anda boleh mendapatkan ebook Rahsia PPCPERCUMA pada harga RM20 sahaja? Tahu tak?

Tak?

Caranya mudah aje…Apa yang perlu anda lakukan ialah : (more…)