Logo Background RSS

Advertisement

Berita Best & Berita Tak Best

  • Salam hormat buat semua.

    Pertamanya, sejuta terima kasih saya ucapkan kepada semua para pembaca. Akhirnya saya dapat menentukan siapa pemenang bagi “price contest” ebook Rahsia PPCPercuma.

    Keduanya, saya ada satu pengumuman. 1 yang baik dan 1 lagi yang tak sedap didengar. Yang baiknya ialah saya dah dapat tentukan pemenang dan harga bagi ebook terbaru saya yang bakal dilancarkan. 1 lagi ialah ebook percuma “Please Login or Register to see the link.” tidak akan diedarkan secara percuma lagi.

    Maaf kalau banyak sangat celoteh saya ni. Untuk ketahui siapa pemenangnya, lihat pada gambaran undian di bawah.

    New Picture (102)

    Setelah pertandingan menentukan harga dibuat dalam artikel “Please Login or Register to see the link.” sebelum ini, saya telah memilih 6 orang bakal pemenang berdasarkan kriteria harga dan juga alasan bernas mereka. Kemudiannya dalam artikel “Please Login or Register to see the link.” , saya serahkan sebahagian pandangan untuk para pembaca memberi pandangan terhadap idea-idea mereka ini ( bakal pemenang ). Dan akhirnya PPCPercuma dot Com telah berjaya menentukan harga dan mendapat seorang lagi “Rakan JV” khas untuk pelancaran ebook ” Rahsia PPCPercuma”.

    Please Login or Register to see the link.Cadangan saya mulakan dengan harga RM15 untuk tempoh promosi pelancaran untuk satu atau dua minggu. Selepas itu harga akan dinaikkan ke RM20 atau lebih.

    Sebaik-baiknya antara RM20 - RM30. Harga ni boleh dianggap mampu milik dan masih berbaloi untuk Naem jika mula menjualnya dengan sistem affiliate kerana kebiasaannya kita akan bayar antara 50% - 70% komisyen kepada affiliate.

    Komisyen 50% sudah cukup menarik bagi affiliate dan saya yakin Naem tentu tak mahu melepaskan peluang mengedarkannya melalui affiliate untuk mencakupi pasaran yang lebih luas.

    Saya akan menghubungi saudara sukeri dalam masa terdekat ini untuk proses menghantar hadiah dan tawaran “Rakan JV”.

    Berita tak bestnya seperti yang saya nyatakan diatas, ebook percuma “Rahsia 7 Dalam Adwords” tidak akan diedarkan secara percuma lagi. Pada 22hb jam 12 malam, saya ulangi tidak akan lagi mengedarkan ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” secara percuma. Ebook tersebut bersama ebook “Adwords Jejak Terakhir” tidak lagi ditawarkan secara percuma sebaliknya saya akan pakejkannya bersama ebook terbaru saya ” Rahsia PPC Percuma”.

    Justeru, cepat-cepatla ye untuk dapatkan 5 orang subscriber di bawaha ID supaya link download ebook Adwords Jejak Terakhir muncul..

    ps: untuk pertandingan “Rahsia 7 Dalam Adwords”, saya akan umumkan tidak lama lagi. Mari kita lihat berapa “lead” yang telah mereka-mereka ini dapatkan..

19 Comments
  1. #1 samdaddycool
    April 21st, 2008 at 2:50 am

    tahniah bro sukeri….

    … hmmm tak percuma dah.. takpelah… dah donload, tp yg lain2 tu, kena le kuar modal nak dptkan yg percuma (pakej)..

    p/s- kekadang manusia tak reti menghargai yg percuma..

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 taukey
    April 21st, 2008 at 2:59 am

    Tahniah kepada En. Sukeri…..Tahniah juga kepada Naem kerana akan melancarkan produk sendiri.

    Semoga sukses selalu. :D

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Din Beramboi
    April 21st, 2008 at 3:18 am

    Hoho…sifu aku menang..yahuuu. :D

    p/s - fanatiknya.. :D

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Affuan
    April 21st, 2008 at 3:22 am

    yeah, sokong kengkawan. hehe.

    p/s: nasib baik aku sempat download. :D

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 KA'AB
    April 21st, 2008 at 3:25 am

    Oleh kerana tawaran ebook percuma bakal ditutup, saya harap Naem dapat melonggarkan sedikit kelayakan untuk mendapatkan ebook percuma “Jejak Terakhir”. Sebagai contoh, mendapat satu referral pun sudah memadai.

    Ini adalah sebagai menghargai mereka-mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh melakukan promosi, tapi masih tidak mencapai target. Oleh kerana tawaran bakal ditutup, maka segala usaha mereka terbantut.

    Kalau tak silap saya, tempoh tawaran ini tidak dimaklumkan sebelum ini, ‘kan ?

    Sekian pandangan saya…

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 kita
    April 21st, 2008 at 3:40 am

    tahniah ler kepada pemenang..kepada yang kalah seperti saya jangan putus asa..boleh cuba lain kali :)

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 oktant
    April 21st, 2008 at 3:41 am

    Salam,

    Tahniah kepada En. Sukeri:)

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 abdfatah
    April 21st, 2008 at 4:09 am

    wahahaah… encik sukeri menang… yahoooooooooooo….

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 Sukeri
    April 21st, 2008 at 4:42 am

    Terima kasih kepada semua yang afundi saya.. eh,eh, undi saya. Dapatlah jimat budget dapat ebook berbayar secara percuma. Ok lah, ni saya nak bagi pendapat yang tak diundang.

    Rasanya elok Naem kekalkan ebook “Rahsia 7 Dalam Adwords” dengan status percuma. Ianya boleh dijadikan “tool” pemasaran.

    Contoh 1: Dalam salesletter ebook PPC Percuma, gunakan ebook tu sebagai pancing untuk tangkap prospek masuk ke dalam list Naem. Maknanya mereka perlu masuk list untuk dapatkan ebook tu. Peratus yang membeli tanpa follow-up sangat kurang berbanding yang telah difollow-up antara 5 hingga 7 kali. Ini akan meningkatkan jumlah jualan.

    Contoh 2: Jarang dilakukan IM tempatan, jadikan ebook tu rebrandable, maksudnya affiliate boleh masukkan link affiliate mereka ke dalam ebook tu. Dengan cara ni affiliate dengan happynya mengedarkan ebook tersebut walaupun dengan cara meng”email”nya kerana tau dah ada link affiliate mereka kat dalam.

    Maaf atas pendapat yang tak diundang ini dan semoga ianya memberikan kebaikan kepada semua.

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 munich
    April 21st, 2008 at 5:06 am

    Bro kasi je lah yang free tetap free.. baru la ada peminat. Buat version kedua kalau nak bayar pun..

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Han
    April 21st, 2008 at 5:19 am

    tahniah sukeri…

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 naem
    April 21st, 2008 at 7:02 am

    Kaab, yup saya belum maklumkan..insyaAllah..kejap lagi saya akan maklumkan..Apapun, boleh perhatikan emel yang saya hantarkan..

    Bro sukeri, cadangan pertama tu memang akan saya gunakan untuk pelancaran ebook versi berbayar..

    Tapi cadangan kedua tu, ambil ms skit. Maklumle saya buat sorang2..kalo outsource pun sebahagian je…insyaAllah selepas exam semester akhir ni saya akan pusatkan seluruh teknik yang boleh digunakan untuk up kan.

    Post ReplyPost Reply
  13. #13 Maizul
    April 21st, 2008 at 8:00 am

    Tahniah buat bro Sukeri.

    Post ReplyPost Reply
  14. #14 Afzai Afandi
    April 21st, 2008 at 9:31 am

    Tahniah bro….bro sukeri tu memang layak jd pemenang coz banyak ilmu ada pada dia..

    Tak sangka aku tersnarai untuk top 6 pemenang.

    Aku pun sokong pendapat rakan2 yang lain agr mengekalkan status percuma untuk ebook “Rhsia 7″ tu…

    Naem…aku yakin sales ko untk ebook tu nanti akan mengatasi pendapatan adsense ko yang meletup bulan 8 tahun lepas..

    good luck naem

    Post ReplyPost Reply
  15. #15 Sukeri
    April 21st, 2008 at 10:30 am

    Saya sungguh terharu dengan situasi di sini, bukan kerana saya menang tetapi semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan semua. Saya yang menang tapi ada yang bersorak seolah-olah dia yang menang.

    Jelas tiada unsur “heart feeling” dan dengki mendengki. Harap semangat ini terus disemarakkan dalam industri ini. Kita sama-sama saling bantu membantu dalam meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang Malaysia dengan perniagaan internet.

    Usaha Naem ni juga sangat membantu dalam merancakkan program Adsense. Kalau dulu ramai yang komplen kenapa iklan adsense tak keluar kat web berbahasa melayu tapi sekarang situasi itu sudah mula berubah.

    Buat masa ni keyword-keyword dalam BM memang agak murah dan saya percaya jika lebih ramai yang bergiat aktif dengan Adwords, dengan sendirinya persaingan akan wujud dan harga keyword akan meningkat sekaligus meningkatkan pendapatan penggiat adsense dengan web BM.

    Kita saling lengkap melengkapi. Tahniah Naem.

    Post ReplyPost Reply
  16. #16 nabieel
    April 21st, 2008 at 1:46 pm

    tahniah sukeri telah berjaya di dalam pertandingan ini..sy kena demam campak..so tak berapa sihat sekarang ini..diharap saudara naem dapat yang terbaik dengan ebook yang akan dilancarkan nanti..

    Post ReplyPost Reply
  17. #17 titan
    April 25th, 2008 at 12:40 pm

    hehe. biasalah sukeri. Kalau menang, memang kita pakat ramai2. Hehe, bila nak wat kenduri sukeri? Meraikan kemenangan kali nih. Hehe..

    Post ReplyPost Reply
  18. #18 Superman_JB
    April 29th, 2008 at 1:23 pm

    Alamak..ketinggalan kereta api betul la ako ni. Sibuk sangat keje sampai tak sempat nak buka email. Tau-tau vote dah habis..haha. Kalah pun kat sifu, tak lah malu la sangat kan.. Tahniah saudara Sukeri. Yang kalah tak ada saguhati ke naem..hehe.

    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: Berita DiGi Berita Yahoo | Blog Afzai Afandi dot com Trackbacks
  • Leave a Comment