Siapakah Pemenang “Price Contest” Rahsia PPCPercuma ?
-
Salam hormat,
Saya telah memilih beberapa orang bakal pemenang. Yup..bukan seorang tapi lebih dari dua orang..hohoho.. Kenapa pilih ramai sangat ? Saya pening kepala jugak la… Jawapan-jawapan yang diberikan munasabah dan mempengaruhi saya.
Oleh itu ,apa yang saya perlukan ialah sokongan rakan-rakan untuk memilih siapakah di antara mereka yang patut di pilih sebagai pemenang ?
Berikut bakal pemenang dengan jawapan yang telah mereka berikan :
easymoney Says:
April 17th, 2008 at 2:42 pmHi Naem,
Pada pendapat saya harga RM30 buat permulaan adalah berpatutan. Kenapa saya kata begitu? Look…. dalam dunia internet sekarang begitu banyak lambakan e-book di pasaran. Daripada yang percuma hinggalah kepada yang beratus dan ianya masih ada lagi pembeli. Dan buat permulaan mereka semuanya menjual e-book mereka serendah RM30 untuk beberapa ketika dan selepas itu baru lah harga akan dinaikkan. RM20 bukan lah tak bagus tapi untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu apalah salahnya bersusah sedikit asalkan pulangannya alhamdulillah….. Betul tak? Contohnya saya sendiri… Saya telah membelanjakan hampir beratus ringgit hanya untuk membeli e-book di internet… Kerana apa saya sanggup membelinya? Kerana…. setiap e-book yang dibeli itu menawarkan harga yang mampu beli iaitu RM30@ RM40@ RM50 jadi ianya tidak membeban saya sebagai pembeli. Dan bukan lah dibeli serentak tapi selang sebulan gitu…. Dan lagi satu jika Naem meletakkan harga RM15 tak semua CDM yang menerima RM5 untuk dibank in kan… Majoriti CDM menerima notes RM10, RM50, RM100 saja. Dan tidakkah akan menyusahkan pembeli nanti utk bank in duit ke akaun Naem? Drpada hendak membeli langsung nanti tak jadi membeli hanya di sebab kan RM5…. Tapi terpulanglah pada Naem…. Ini hanyalah pendapat saya sebagai seorang pembeli yang selalu membeli e-book di internet…. Thanks..
SUPERMAN_JB Says:
April 17th, 2008 at 8:37 amSaudara telah bermula dengan baik..dengan memberi peluang kepada orang lain membaca hasil tulisan anda secara percuma dan dalam masa yang sama mereka mendapat faedah sebahagian dari ilmu yang saudara ada. Tahniah, semoga usaha saudara diberkati.
Perkara pokok sekarang ialah berapa pula harga yang hendak di letakkan untuk e-book saudara yang pertama ini?. Saya memang tiada pengalaman dalam melahirkan e-book kerana tiada kemahiran dalam bidang penulisan tapi kalau melukis..boleh la..haha.
So, cuba lah perhatikan beberapa faktor penentu sebelum harga muktamad saudara putuskan. Antaranya boleh la di nilai dari beberapa perkara berikut: ( Please Login or Register to see the link.)
Harga?? Kalau satu faktor RM5..ada 5..RM25 sahaja. Kalau nak tambah harga lagi..tambahlah faktor-faktor lain la…hehe. Untuk promosi saya cadangkan hanya RM20. Potongan 50% dari harga asal, RM40…selepas 3 minggu di lancarkan..pasti meletup!!
Semoga terus berjaya…
Afzai Afandi Says:
April 17th, 2008 at 8:26 amNaem,firstly aku nak ucapkan tahniah pada ko kerana berjaya ebook walau dalam kekangan masa sekalipun.
Tentang harga tu…pada aku harga yang ko rasa nak jual dengan RM15 tu adalah munasabah. Tetapi pandangan aku RM15 tu ngko hdkan kepada 30 pembeli pertama. Kemudian, ngko naikan kepada harga yang ko sendiri rasa berbaloi dgn usaha ko dan disamping itu tidak terlalu membebankan bakal pelanggan ngko.
Sentuhan pertma ngko akan dinilai oleh pembaca…dan sekiranya kualiti ebook ko lebh mahal daripada harga ebook…aku pasti..selepas ini ko petik jari jer…pasti laku macam pisang goreng panas.
Tinta Keris Says:
April 17th, 2008 at 7:25 amTerima kasih kerana menjemput saya ke laman anda..Pada pendapat saya,RM20 sudah cukup berpatutan.Mari kita fikir bersama relevannya RM20.Pertama,mudah.Mencari dan menyimpan RM20 dalam mesin deposit bank sangat mudah.Kadang-kadang manusia suka memikirkan perkara yang mudah untuk mendapatkan sesuatu.Gandaan RM15 boleh dilakukan dengan mudah dan tidak menyulitkan pembeli.Kedua,murah.Orang akan fikir murahnya untuk mendapatkan Rahsia ini.Cuma RM20.Pasti mereka akan berebut-rebut untuk mencarinya.Jika terdapat unsur RM yang tidak genap,menyukarkan pembeli untuk mencari baki yang tidak genap tersebut..Setakat ini sahaja pendapat saya untuk kali ini.Saya rasa,ada banyak lagi yang ingin saya luahkan.Terima kasih.
Sukeri Says:
April 17th, 2008 at 6:33 amCadangan saya mulakan dengan harga RM15 untuk tempoh promosi pelancaran untuk satu atau dua minggu. Selepas itu harga akan dinaikkan ke RM20 atau lebih.
Sebaik-baiknya antara RM20 - RM30. Harga ni boleh dianggap mampu milik dan masih berbaloi untuk Naem jika mula menjualnya dengan sistem affiliate kerana kebiasaannya kita akan bayar antara 50% - 70% komisyen kepada affiliate.
Komisyen 50% sudah cukup menarik bagi affiliate dan saya yakin Naem tentu tak mahu melepaskan peluang mengedarkannya melalui affiliate untuk mencakupi pasaran yang lebih luas.
nabieel Says:
April 17th, 2008 at 4:22 ambagi saya RM20 sudah memadai pada harga promosi utk sesuatu tempoh tertentu.selepas itu anda hendak naikkan RM30 tidak mengapa.yang pasti biarlah ia berharga dalam diakhiri dengan angka ‘0? kerana tak semua orang pandai bank online.mcm sy mula2 nak beli ebook pun mcm 2.

Jadi siapakah Yang Layak ? Buang undi masing-masing di sidebar ya. Setiap orang layak untuk buang 2 undi. Jadi pilih 2 dari 6 orang yang saya nyatakan… Hoho macam AF plak..Oh ya, bagi yang dah buang undi tu, boleh dapatkan barangan download percuma dari saya. Saya gunakan software ini untuk hasilkan ketiga-tiga ebook saya Sebelum ni cuma guna primo pdf. Tapi kali ni tukar dan saya guna eWriterPro. Nak? Haa…sila undi dan tinggalkan komen kat bawah ye tentang pandangan-pandangan bakal pemenang ni dulu ye…Nanti saya emelkan mana-mana pembaca yang mengundi dan memberikan komen.
UPDATE
Kepada yang mengundi dan meninggalkan komen, nantikan emel dari saya pada jam 3 petang nanti. Saya ada hal kat luar kejap. Undian ini sehingga 21 April , 12.00 am sahaja
ps : tarikh pelancaran sepatutnya 20hb April 2008. Sepatutnya hari ni. Tapi saya anjakkan oleh sebab nak siapkan beberapa bonus tambahan yang lebih menarik.







April 20th, 2008 at 1:41 am
Dah vote dah…. undi anda rahsia….
April 20th, 2008 at 1:49 am
Alamak…aku tak termasuk dlm 6 golongan ni lah..hihi. Maklumlah tak sempat reply email hari tu..huhu. Apa-apapun, harga RM20-RM30 dulu bagus. Bukak dlm masa seminggu jer. Pastu naikkan harga lepas tu..
Dah undi dah kat pool tu, tp tak sedap plak rasanya tak tulis komen..hehe.
Good lark.
April 20th, 2008 at 1:55 am
…. wokeh… undi telah dibuang.. (maaf, tiada undi rosak)..
April 20th, 2008 at 2:01 am
faktor undian :
harga?
komen menarik?
ehehem..
April 20th, 2008 at 2:11 am
hah…dah vote pun…
nak tahu siapa?
hehe…rahsia tu…
mcm pilihan raya kan…
April 20th, 2008 at 2:35 am
okla, saya pun dh mengundi. Selamat berjaya utk semua calon
April 20th, 2008 at 2:40 am
hehehe biasanya yang sebut harga murah la yang menang..
macam mane saya bleh terlepas untuk hantar price contest nih hehhe
saya dah vote dah tapi org yang saya vote tuh tak banyak plak yang vote
hehehe..
April 20th, 2008 at 3:08 am
Saya dah undi ! Nampaknya calun-calun saya ni ada harapan nak menang !
April 20th, 2008 at 3:12 am
Salam Naem,
Saya dah vote:)
Good Luck!
Sekian, terima kasih.
April 20th, 2008 at 3:43 am
Naem,
baca “Bismillahirrohmanirrohim, pejam mata, undi cabut satu nama, itulah pemenang, kepala tak pening fikir itu ini, ingatkan nama saya ada, tapi…..belum ada rezeki lah tu..
April 20th, 2008 at 3:44 am
Salam naem,
saya menguni berdasarkan isi dan kepadatan komen terima kasih…
April 20th, 2008 at 3:56 am
Saya dah undi tapi sukar juga nak buat pilihan. Masing-masing telah membentangkan hujah yang bernas dan praktikal. Walau apapun, keputusan di tangan pengundi.
tqvm
April 20th, 2008 at 3:57 am
helo saudara…sperti yg dijanjikan,saya dah vote dan saya nak download spt yg saudara janjikan…eWrite Pro percume…hehe
April 20th, 2008 at 4:37 am
Saya dah undi .tapi tak payahlah beri kat say e writer tu…saya dah ada.
Bagaimanpun saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya!
April 20th, 2008 at 4:40 am
aku vote Sukeri
April 20th, 2008 at 6:16 am
assalamualaikum, pergh! memang mengancam tul ayat diorang tu. sampai tak tau mana yang lebih baik. tapi, vote, tetap dah vote. May the best guy (or gal) win.
April 20th, 2008 at 6:51 am
Alamak, saya terguna satu kuasa undi je. Owh well, semua bagus tapi cuma satu terbaik! Jangan beli undi atau undi sendiri ya.
April 20th, 2008 at 7:46 am
sila periksa emel masing-masing…
Saya dah hantarkan password dan link untuk ruangan download..
terima kasih untuk semua
April 20th, 2008 at 7:55 am
I vote Tinta Keris dan Sukeri.
April 20th, 2008 at 7:56 am
aku dh dapat…tenkiu la naem. aku vote naem plak la..kik3
April 20th, 2008 at 7:59 am
Aku pun dah dpt…tq Naem. Tapi aku dah ada eWriterPro..x dpt yg lain ker? Hehe…apa2 pun, TQ very much..
gud lark..
April 20th, 2008 at 8:21 am
Din…
gi study…. bole online lagik waktu ni…cis
naem, thax.. dh donlod
April 20th, 2008 at 10:11 am
Harap2 org yg saya undi menang.
April 20th, 2008 at 10:52 am
kalau begitu saya tak boleh mengundilah…saya baru balik kerja ni
April 20th, 2008 at 10:54 am
saya nak jugak ebook tu. saya dah undi pun..huhuhu
April 20th, 2008 at 11:13 am
saya dah undi superman dan easymoney
April 20th, 2008 at 11:26 am
Saya telah mengundi Afzai & Tinta Keris…
Good luck….
April 20th, 2008 at 12:00 pm
Hi Naem,
Saya undi Tinta Keris. Sesuai.
April 20th, 2008 at 12:32 pm
dah undi pun…nampaknya ramai yang undi otai.Saya pilih mana yang senang bayar…ikut mesin.
April 20th, 2008 at 12:45 pm
Terima kasih kerana mencalonkan saya.Saya rasa maklumbalas yang anda terima sangat memberangsangkan sehinggakan ramai yang sanggup membantu anda dalam menjual buku keluaran anda tersebut.Jadi,setiap pengisian yang diberikan oleh sahabat anda dan saya sangat membantu rakan-rakan lain untuk menjalankan urusniaga dalam internet.Tahniah kepada anda keran berjaya membawa perubahan kepada cara dan bentuk promosi yang dijalankan.Tahniah dan syabas saya ucapkan!
April 20th, 2008 at 1:49 pm
saya akan emel untuk akses ruangan download bagi komen sterusnya pada jam 12 tgh mlm ye…jadi cepat2.
ps: mana pi bakal2 pemenang ni? hoho..bro tinta keris je yang masuk
April 20th, 2008 at 2:06 pm
Tinta keris patut menang
April 20th, 2008 at 3:05 pm
tak sempat baca lah. nanti lepas baca baru undi k.
April 20th, 2008 at 3:14 pm
Aku pun vote unyuk Tinta Keris.
April 21st, 2008 at 1:24 am
sapa yg paling bernas memberi idea, org tu patut menang
April 21st, 2008 at 2:50 am
the best man win!! the most important is honestly,,if you write it from your heart, people know how to appreciate it…dont worry,,keep on writing good articles..
April 21st, 2008 at 9:38 am
Aku terlambat tahu ada vote mengevote kat sini. Kalau tak leh vote sendiri dan promosi kat kawan2 …. heheheheh.
Terima kasih pada yang mengevote saya
April 24th, 2008 at 4:42 am
Lor dah tak leh vote ker nie
April 26th, 2008 at 2:12 am
sukeri aje tu
April 26th, 2008 at 2:13 am
saya undi sukeri.oke
April 27th, 2008 at 5:25 am
vote: sukeri!